Connect with us

Oh! Media

“Allah Baru Tarik Covid-19, Kita Dah Buat Macam-Macam” – Menteri Agama Sarankan Konsert Tak Perlu Diadakan Di Malaysia

Trending

“Allah Baru Tarik Covid-19, Kita Dah Buat Macam-Macam” – Menteri Agama Sarankan Konsert Tak Perlu Diadakan Di Malaysia

Konsert Billie Ellish pada khamis malam yang lalu masih lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen meskipun konsert itu sudah berakhir.

ADVERTISEMENT

BACA: “Belum Cukup Lagikah Ujian Covid?” – Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa Ramai Sanggup Beratur Demi Konsert

Namun, kosert tersebut juga tidak ketinggalan daripada menerima kecaman oleh segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan penganjuran konsert tersebut.

Menteri agama sarankan konsert tidak perlu diadakan lagi di Malaysia

Perkara itu turut mendapat respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad yang memberikan pandangan bahawa konsert seperti itu tidak patut dianjurkan lagi di negara ini.

Sepatutnya konsert tidak perlu ada. Bukan anti hiburan tetapi cukuplah dengan apa yang kita ada.

Ini kerana, beliau berpendapat bahawa konsert seperti itu akan mengundang pelbagai masalah sosial kepada semua rakyat.

Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan konsert tersebut tidak sesuai untuk dianjurkan kerana ia dilihat tidak begitu sesuai dengan keadaan ekonomi yang melanda negara ketika ini.

Kita baru saja mengalami pandemik dan Alhamdulilah, Allah tarik semula penyakit itu tetapi tiba-tiba kita buat macam ini, jadi amat malanglah.

Dalam keadaan ekonomi yang teruk ini pun rasanya tidak sesuai sebab (penganjuran dan tiket) konsert itu kena bayar banyak.

Betul juga apa yang dikatakan Senator Tuan Haji Idris itu, sama-samalah kita ambil teguran ini sebagai asbab untuk kita berubah ke arah kebaikan.

Kredit: Al-Hijrah Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas