Connect with us

Oh! Media

Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Menjadi-Jadi Di Taman Sri Muda, Licin Dikerjakan Pencuri

banjir

Trending

Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Menjadi-Jadi Di Taman Sri Muda, Licin Dikerjakan Pencuri

Oh Malaysia ku! Walaupun sebelum ini mungkin pihak Mydin telah menghalalkan barangan yang diambil mangsa banjir tetapi itu tidak bermakna orang ramai boleh ambil apa sahaja barang sesuka hati. Tapi itulah apa yang terjadi kepada beberapa kedai yang dipecah masuk apabila orang ramai mengambil barangan yang tak sepatutnya.

ADVERTISEMENT

Sisi gelap tragedi banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam ini turut berjaya dirakam dan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Kamarul Azizi.

Antara perkongsian foto yang diambil saudara Kamarul adalah di mana keadaan kedai-kedai runcit yang kebanyakannya barang-barang mereka telah ‘licin dirembat’ kerana dipecah masuk oleh pencuri yang mengambil kesempatan ketika keadaan mendesak ketika banjir.

Barangan elektrik juga disapu licin

Kamarul dalam satu hantaran berkata orang ramai perlulah bersabar kerana banyak bantuan telah dan akan diberikan oleh pihak kerajaan mahupun sukarelawan.

Kita faham ramai yang terdesak demi kelangsungan hidup tetapi tidak perlu pecah masuk kedai kerana terdapat banyak bantuan yang diberikan.

Harap mangsa banjir tidak terlalu cerewet dengan bantuan yang diberikan dan bersyukur kerana ramai yang prihatin.

Tapi kalau lihat pada gambar, macam banyak warga asing yang melebih-lebih

Rokok?

Mesin ATM juga habis dipecahkan

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil meluahkan rasa geram dan bersimpati dengan nasib para peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat tragedi ini.

Bagus ada pendedahan begini, sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang jadi. Di negeri lain yang banjir, takda pula timbul isu pecah masuk macam ni. – Netizen.

Semoga apa yang terjadi ini tidak lagi berlaku di masa hadapan. Terima kasih juga kepada pihak berkuasa yang berjaya menahan beberapa orang yang memecah masuk kerana perbuatan ini masih boleh dianggap sebagai mencuri. Ambik kesempatan dalam kesempitan.

Kredit: Facebook Kamarul Azizi

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas