Connect with us

Oh! Media

Akka Nasi Lemak Akui Badan Susut, Selalu Menangis Dan Hidup Tak Tenang Lepas Viral

Akka nasi lemak ohmedia

Oh! Tidak

Akka Nasi Lemak Akui Badan Susut, Selalu Menangis Dan Hidup Tak Tenang Lepas Viral

Tak semua orang sebenarnya mahukan kehidupan popular dan dikenali ramai orang. Mungkin pada awalnya, itulah yang dimahukan tetapi lama kelamaan kita akan rasa itu bukanlah kehidupan yang baik.

Itulah apa yang dihadapi seorang peniaga yang dikenali dengan nama Akka Nasi Lemak selapas kuasa viral banyak mengubah kehidupannya daripada seorang yang susah menjadi senang.

BACA: Dalam Banyak Nasi Lemak Ni, Mana Satu Favourite Korang?

IKLAN

Orang ramai sanggup beratur panjang seawal subuh demi mendapatkan Akka Nasi Lemak hasil air tangannya.

Image 147

Sangeeta bagaimanapun meluahkan keadaannya selepas viral dalam satu rancangan televisyen Tamil dan dapat dilihat badannya semakin susut.

Dalam rancangan itu, Sangeeta mendedahkan dia bukan hanya menerima sokongan tetapi turut terpaksa berdepan dengan kecaman, hinaan dan gangguan daripada pihak yang tidak senang duduk melihat perniagaannya maju.

Akka Nasi Lemak berniaga dengan tenang selama 13 tahun tetapi sekarang berniaga dalam tekanan…

Sangeeta yang sudahpun berniaga nasi lemak selama lebih 13 tahun itu turut meluahkan kehidupannya tidak seperti yang dianggap orang. Ramai yang menyangkakan kehidupannya kini lebih mewah tetapi hakikatnya mereka 4 beranak masih tinggal di rumah sewa yang kecil dan bergelut untuk mencari makan.

Image 146

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas