Connect with us

Oh! Media

Hafiz Suip Akhirnya Dedah Amarah Punca Rumah Tangga Musnah?

Ohmedia hafiz Suip

Trending

Hafiz Suip Akhirnya Dedah Amarah Punca Rumah Tangga Musnah?

Hafiz Suip akui amarah jadi punca musnah segalanya. Rindu anak-anak dan kini belajar kawal emosi demi masa depan.

Penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip akhirnya membuka kisah hitam dalam hidupnya apabila mengakui amarah yang tidak terkawal menjadi punca utama kehidupannya musnah.

Dalam satu perkongsian penuh emosi di Instagram, Hafiz berkata kegagalannya mengawal perasaan marah telah membawa kepada pelbagai keputusan salah yang akhirnya menghancurkan segalanya.

Amarah… itu punca utama hidup saya hancur. Itu bukan cara selesaikan masalah. Semua orang ada rasa marah, tapi kalau tak dikawal, semuanya boleh musnah,” luahnya.

“Allah beri kita rasa marah, itu fitrah. Tapi..” – Hafiz Suip

Hafiz turut berkongsi bahawa dia kini sedang melalui fasa muhasabah diri dan belajar untuk mengawal emosinya.

IKLAN

Allah beri kita rasa marah, itu fitrah. Tapi kita kena bijak uruskan. Saya belajar daripada kesilapan… kalau sesuatu perkara itu baik, saya teruskan. Kalau tidak, saya tinggalkan.

Hanya dapat lihat anak melalui skrin

Hafiz Suip

Paling menyentuh hati, Hafiz meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap dua orang anak lelakinya yang kini di bawah jagaan Nureffy.

Setiap hari saya rindu anak-anak. Rasa nak telefon, nak dengar suara mereka. Tapi mereka sibuk dengan sekolah, jadual penuh. Saya pula jauh.

Sekarang hanya mampu buat panggilan video, tanya khabar dan lihat wajah mereka dari skrin. Mak mereka yang selalu kemas kini keadaan mereka.

Hafiz turut mengakui Nureffy adalah insan yang paling layak menjaga anak-anak, dan dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.

Pssttt! Marah itu fitrah, tapi mengawal emosi adalah tanggungjawab. Jangan biar amarah sesaat musnahkan kebahagiaan seumur hidup. Belajarlah dari kesilapan dan teruskan melangkah ke depan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas