Trending
“Agaknya Si Suami Yang Mandul..” – Netizen Kecam Suami Nak Cerai Lepas 7 Tahun Tak Dapat Zuriat
Seorang lelaki telah mengugut untuk menceraikan isterinya yang masih belum mendapat zuriat setelah 7 tahun berkahwin.
BACA: “Dah Dua Bulan Keluar Dari Rumah, File Cerai” – Shila Amzah
Menerusi tweet yang dikongsikan oleh Fedtri Yahya, seorang wanita telah berkongsi cerita dan meminta untuk orang ramai mendoakannya agar diberi cahaya mata kerana dia sudah tidak kuat dengan ugutan suaminya.
Ramai netizen suruh suami periksa jika dia mandul atau tidak
Apa erti setia
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) January 10, 2022
Jika sengsara jiwa…
Tiada bahagia dalam ugutan dan egois pic.twitter.com/35wnvhc0sw
Wanita tersebut kelihatan sangat terluka dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh suaminya. Daripada perkongsian tersebut, ramai yang mengecam dan mengatakan mungkin suami wanita tersebut yang mandul dan menyuruh suami tersebut membuat ujian kesuburan.
Suami Puan ni dah buat test kesuburan belum?
— Kekasih Awak 👻 (@amaninanaeeim) January 10, 2022
Isteri & Suami kena jumpa doktor kalau dah lebih 2 tahun kahwin tak mengandung ,kena cari punca kenapa tak boleh mengandung
Feeling lah laki dia. Apa dia igt tak blh mengandung ni salah bini je ke ? Yg Lelaki jgn fikir ada air mani bermaksud ada sperma. Silap2 bila buat test punca x blh mengandung sbbkan sperma cacat, takde sperma or sperma x sihat. Buat check up dulu lelaki & perempuan sama chance
— kojie (@kojie_yama) January 10, 2022
Menerusi komen yang diberikan oleh netizen, rata-rata memarahi suami tersebut kerana telah menyalahkan wanita itu seratus peratus. Yelah, hal anak ini, bukannya wanita je yang kena periksa kesuburan, tetapi lelaki pun sama. Ramai je lelaki dekat luar sana yang mandul, tapi nak tutup cerita kemandulan tu, dia salahkan si isteri.
Kalau lah betul si suami sayang dan setia dengan isterinya, tak mungkin dia sanggup luahkan kata-kata yang boleh mengguris hati seorang wanita kan? Rezeki anak tu kan datangnya dari Allah.
Kalau kita ingat, kisah Nabi Zakaria, dah berumur 80 tahun baru dikurniakan anak atas keizinan Allah. Kalau Allah kata belum ada rezeki anak, belum la tu.
Ada juga yang meminta wanita tersebut untuk periksa di pejabat agama untuk sahkan jika kata-kata suaminya itu jadi taklik. Taklik ni tak boleh dibuat main gais!
1.Pergi dapatkn kesahihan dari pejabat agama la puan. Takut jd taklik.
— azie kuchiki (@aziekuchiki) January 10, 2022
2. Takyah tggu hujung tahun lah. Ajak cerai je. Jantan yg boleh mainkn bab cerai ni jenis paling tak guna. Ada anak dgn jantan gitu, namanya mmg minta balerr. Kesian budak tu.
-Sebijikk kisah kawan aku-
Ramai yang marah apabila kisah tak boleh dapat zuriat ini hanya ditunding jari kepada kaum wanita. Semoga lelaki di luar sana buka mata dan minda, berfikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Kalau rasa dah tak nak isteri tu, pulangkanlah dia dengan cara yang baik kepada kedua ibu bapanya. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang mampu mengguriskan hati seorang wanita!
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM