Oh! Tidak
Adik Kongsi Detik Menyentuh Hati Bersama Enam Sekeluarga
Adik kongsi kisah malam terakhir bersama abang sekeluarga yang maut lemas di Sungai Korok.
Tragedi menyayat hati di Sungai Korok meragut nyawa enam sekeluarga termasuk pasangan suami isteri dan empat anak mereka apabila kereta yang dinaiki ditemui tenggelam di dalam sungai.
Salah seorang ahli keluarga mangsa, Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an, berkongsi detik terakhir bersama abangnya, Mohammad Azim Izat Ishak, 32, dan isteri, Nurul Hidayah Khalijah Razman Efendi, 31, yang juga antara mangsa kejadian.
BACA: Bomba Dedah Keadaan Enam Beranak Dalam Kereta
Ketika ditemui di lokasi kejadian, Nur Adliah berkata malam terakhir sebelum kejadian, abangnya masih sempat menunjukkan kasih sayang seperti biasa.
Saya memang manja dengan abang dan biasanya saya minta dia suapkan makan, tetapi malam tadi tak payah minta dia suap terus.- Luahnya.
Katanya lagi, pasangan itu memaklumkan mereka mengantuk dan mahu tidur lebih awal sebelum meninggalkan rumah sekitar jam 5.30 pagi.
Panggilan awal pagi bawa berita duka enam sekeluarga…
Kira-kira jam 7.30 pagi, Nur Adliah menerima panggilan dari ibu mentua abangnya yang memaklumkan mereka masih belum tiba di rumah seperti dirancang. Bermula dari situ, beliau mula risau dan terus mencari.
Tidak lama kemudian, orang awam memaklumkan penemuan sebuah kereta dalam Sungai Korok dan pada jam 8 pagi, beliau sendiri pergi ke lokasi dan terlihat belakang kereta abangnya yang timbul dari permukaan air.
BACA: “Ayah Cakap Jangan Sedih” – Tragedi Sungai Korok, Arwah Hadir Dalam Mimpi Anak Sulung
Lebih memilukan, Nur Adliah mendedahkan bahawa pasangan tersebut sebelum ini baru sahaja kehilangan salah seorang anak lelaki kembar mereka pada Februari lalu.
Saya rapat dengan anak-anak arwah abang terutama yang bongsu kerana saya turut menjadi ibu susuannya. Malam kejadian tu, malam terakhir mereka tidur di rumah saya.- Jelasnya lagi.
Anak-anak masih kecil, sempat bergurau malam sebelum kejadian…
Tiga daripada anak mangsa yang terkorban iaitu Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; dan Annayla Humaira Nur Izzat, 7, bersekolah di Alor Setar.
Anak sulung mereka, Puteri Qisya, 12, terselamat kerana tidak mengikut keluarganya pada malam kejadian dan tidur di rumah Nur Adliah.
Saya masih terbayangkan keletah anak-anak saudara dan kenangan bersama abang pada malam kejadian Jumaat lalu namun saya reda pemergian mereka.- Katanya.
Difahamkan, kakak iparnya turut berniaga roti canai di Pendang dan sepatutnya keluar berniaga pada pagi tersebut. Menurut Nur Adliah, selepas gagal menghubungi abangnya sejak Sabtu, dia segera membuat laporan polis di Balai Polis Jitra serta memuat naik hebahan kehilangan melalui media sosial.
Sebelum kejadian, mereka pernah melalui lokasi Sungai Korok namun tidak melihat kelibat kereta abangnya.
Pssttt! Tak semua orang sempat ucap selamat tinggal. Kisah Nur Adliah ini ingatkan kita bahawa kasih sayang keluarga adalah anugerah yang tidak kekal. Sayangilah ahli keluarga selagi masih ada. Tragedi ini juga satu peringatan kepada kita semua tentang kepentingan keselamatan di jalan raya, terutamanya ketika cuaca tidak menentu dan waktu malam.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM