Connect with us

Oh! Media

“Rumah Saya Sudah Kosong. Ingin Duit Mereka Dipulangkan” – View Chin Akhirnya Bersuara

View chin ohmedia

Oh! Artis

“Rumah Saya Sudah Kosong. Ingin Duit Mereka Dipulangkan” – View Chin Akhirnya Bersuara

Pasti berat situasi yang dihadapi seorang usahawan, View Chin ketika ini selepas bekas isterinya, Shermine mendedahkan dirinya curang dengan pekerja wanita mereka yang dikenali sebagai Mira.

Selepas 3 hari isu ini viral, View Chin akhirnya bersuara di Facebook rasminya dan memohon maaf kepada semua.

BACA: “Saya Dengan Ahmoi Dah Cerai Tahun Lepas” – View Chin Jelaskan Segalanya

IKLAN
Image 119

View Chin terpaksa pulangkan semua duit pelanggan…

Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya.

Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin, bagi saya masa untuk perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang menimpa.

Dalam pada itu, View Chin turut mendedahkan ketika ini dia sedang sibuk menguruskan barangan rumahnya untuk berpindah. Dia juga terpaksa memulangkan semua duit pelanggannya termasuk barangan yang sepatutnya dia usahakan.

Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan seller & semua brand barangan bertanya berkenaan perkaraan yg telah viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.

Saya perlu satu persatu menjawab setiap seller dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu.

Kedai dan pekerja kena ganggu dengan orang ramai…

Tidak cukup dengan itu, rumah kedai, pejabat dan pekerjanya turut tidak dapat melakukan kerja kerana diganggu orang ramai.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas