
Oh! Tidak
“Ada Motor Jadi Hantu, Jadi Setan Kau” – Bapa Hilang Sabar, Bakar Motosikal Anak
Tular di TikTok video merakamkan seorang bapa hilang sabar membakar motosikal yang dinaiki anak. Difahamkan, si bapa marah dengan tindakan anak yang sering keluar malam dan tidak mendengar kata ibu bapa.
Kedengaran si bapa meluahkan perasaan geram dan lebih sanggup memusnahkan sahaja motosikal itu sebelum kehilangan anak tersayang.
Kata bapa lagi, motosikal itu adalah punca kedegilan anak lelakinya dan kesabarannya sudah habis.
Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia. Aku bakar je senang. Tak payah ada motor lagi senang, ada motor jadi hantu jadi setan kau. Puih. Ini buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak.
Individu menggunakan akaun TikTok @kajolmarey01 itu berkata lagi, dia sudah menasihati anak dengan baik tetapi nampaknya anak tidak faham.
Sebelum kau mampus dekat tangan orang lain, dekat jalan raya kau mati. Lebih baik aku bakar je, ni punca-punca ni. Si*l.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan orang ramai melihat video perkongsian tersebut. Ada yang berkata, motosikal tidak bersalah dan tidak sepatutnya dibakar.


Namun, ada juga yang menyokong tindakan bapa yang memberi pengajaran buat anak-anak yang degil.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @kajolmarey01
