Connect with us

Oh! Media

“Jangan Lah Kecam, Kami Nak Cari Rezeki” – Penerbit Eksekutif ABPBH

Oh! Tidak

“Jangan Lah Kecam, Kami Nak Cari Rezeki” – Penerbit Eksekutif ABPBH


Dengar cerita, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ni.

Dengan segala aktiviti dibuat dengan menerapkan norma baharu dan mengikut SOP, ABPBH dikatakan wajar diterima sebagai suatu inisiatif untuk menggalakkan pembangunan ekonomi. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shiraz Projects, Shirazdeen Karim mengaku penganjuran ABPBH 33 tidak memberi sebarang masalah atau impak buruk dengan SOP ditetapkan.

Orang selalu ada tanggapan negatif pada bidang muzik dan hiburan. Kalau begitu, lebih baik haramkan hiburan.

Kenapa restoran dan syarikat penerbangan boleh beroperasi tetapi tapi aktiviti membabitkan hiburan, dipertikaikan.

Siapa yang nak sara hidup artis, kru produksi dan pembekal? Kalau mereka hendak terus kecam, suruhlah mereka salurkan wang dan terus kecam. – Katanya.

Sementara itu, pengendali acara, Perunding Kanan Runaway Success, Zurina Abu Bakar, berkata, asalkan ABPBH 33 dianjurkan mengikut SOP, semua pihak tidak perlu bimbang.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, penganjuran ABPBH 33 termasuk di dalam senarai aktiviti dibenarkan dalam SOP PKPB.

Ismail berkata, tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan.

ABPBH 33 adalah satu-satunya anugerah yang tetap diadakan dalam pandemik COVID-19.

di sebalik penerbitan acara ini, dikatakan ianya turut berkongsi rezeki dengan ramai yang tidak bekerja terutama semasa pandemik COVID-19 menular.

Antara mereka adalah pemuzik, penari, pengawal keselamatan, pekerja penyelenggara dan pembersihan serta ramai lagi.

Dengan adanya anugerah ini, dikatakan dapat membantu ramai yang hilang punca rezeki. 

Jadi, janganlah terlalu mengecam, kami pun mencari rezeki kerana inilah sumber pendapatan. – Kata Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid.

Ya benar, mungkin kita patut lihat dari sudut positif. Dengan keadaan pandemik sekarang ramai yang terjejas dan sukar mendapat kerja dan dengan adanya ABPBH ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan-golongan yang terjejas.

Kredit: Berita Harian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top