Connect with us

Oh! Media

“Abang Bukan Jenis Panas Baran” – Adik Suspek Bunuh Isteri Dan Anak Terkejut Dengan Kejadian 

Bogel

Oh! Tidak

“Abang Bukan Jenis Panas Baran” – Adik Suspek Bunuh Isteri Dan Anak Terkejut Dengan Kejadian 

Semalam tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil bogel dan didakwa telah kelar leher isteri dan anaknya. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki ‘Ride’ Tanpa Baju Didakwa Terlibat Kes Bunuh Isteri Dan Anak 

Menurut laporan Kosmo, kesemua ahli keluarga suspek mengakui terkejut dengan kejadian yang berlaku di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru itu.

Adik kepada suspek mengatakan yang dia diberitahu tentang kejadian itu ketika sedang bekerja di sebuah pusat beli-belah pada jam 12 tengah hari.

Saya sedang bekerja ketika itu, sebelum menerima panggilan telefon daripada ibu saya yang memberitahu ada sesuatu perkara berlaku dan dia meminta saya pulang ke rumah dengan segera.

Apabila sampai, saya terkejut kerana kawasan berkenaan sudah dipenuhi dengan orang ramai, termasuklah sekumpulan pegawai polis.

Bukan tu jer, adik suspek ini juga mengenali sikap abangnya yang bukan jenis orang yang panas baran atau mudah marah selepas mengetahui kejadian itu.

Sebenarnya saya terkejut, kerana abang (suspek) bukan jenis pemarah orangnya, dia baik-baik sahaja dan saya tidak pernah dengar mereka ada sebarang masalah dalam perkahwinan.

Bapa kepada suspek pula dikatakan tidak mahu memberikan sebarang komen apabila ditanya tentang kejadian yang berlaku.

Maaf, saya tidak mahu berikan sebarang komen kerana otak saya tidak dapat berfikir apa-apa ketika ini.

Kita taktahu apa yang dilalui suspek. Apapun, semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas