Connect with us

Oh! Media

8 Tahun Suami Meninggal, Abang Ipar Dan Rakan Arwah Tak Missed ‘Bank In’ Duit Ke Akaun Balu, Sebak!

Trending

8 Tahun Suami Meninggal, Abang Ipar Dan Rakan Arwah Tak Missed ‘Bank In’ Duit Ke Akaun Balu, Sebak!

Sebak, itulah yang dapat diungkapkan apabila membaca luahan seorang ibu tunggal 7 anak mengenai pengorbanan abang ipar dan rakan-rakan arwah selepas suaminya meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, perkongsian wanita itu adalah respon kepada pertanyaan pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkaitan pengorbanan sahabat yang betul-betul membuatkan pengikutnya terharu.

Menurut wanita itu, walaupun suami sudah 8 tahun meninggal dunia, abang sulung arwah tidak pernah ‘missed’ hulur bantuan kewangan kepada mereka sekeluarga sehingga ke hari ini.

Husnuzon. Barangkali kita tak lihat bantuan sahabat ketika kita hidup, siapa tahu mereka membantu ketika kita sudah tiada.

Seperti kisah wanita ini…

Malah, rakan arwah menolak untuk ambil bayaran kerja overhaul kereta mereka yang tenggelam dalam banjir besar di Kemaman Terengganu pada 2014.

Seorang lagi rakan arwah setiap bulan akan memasukkan duit ke akaunnya sebagai zakat sejak suaminya meninggal dunia.

Kawan wanita ini sendiri turut memberi bantuan kewangan untuk meringan beban mereka sekeluarga. Tambahan pula ketika suami meninggal dunia, anak bongsu baru berusia 4 bulan.

Berasa sangat terharu, wanita ini tertanya-tanya apakah amalan arwah suami sehingga isteri dan anak-anaknya diperluaskan rezeki. Alhamdulilah!

Kredit: Facebook Ahmad Fedtri Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas