Connect with us

Oh! Media

“3 Ringgit Jer…?”- Penjaga Tak Puas Hati Anak Dapat Duit Raya Sikit Dan Dikata Berkira Dengan Budak

duit raya

Trending

“3 Ringgit Jer…?”- Penjaga Tak Puas Hati Anak Dapat Duit Raya Sikit Dan Dikata Berkira Dengan Budak

Budaya memberi wang ringgit kepada kanak-kanak ketika tibanya hari raya Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian buat kita.

ADVERTISEMENT

Bukanlah satu kewajipan, setiap pemberian itu dikira sebagai sedekah dan amal jariah selain memeriahkan perayaan yang disambut setahun sekali itu.

Namun, satu perkongsian daripada pengguna media sosial Twitter ini mengundang kritikan netizen apabila ada ibu bapa di luar sana yang meluahkan rasa kecewa kerana anak-anak mereka hanya menerima duit raya sekitar RM1-RM3.

Saya pergi la beraya rumah saudara-mara kelmarin, bawa anak-anak saya sekali. Bila nak balik, saudara mara bagi la duit raya kepada anak-anak saya.

Tiga ringgit je. Ada lagi zaman sekarang bagi tiga ringgit. Macam zaman 90-an. Orang cakap orang kita ni kaya raya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dan hairan dengan sikap ibu bapa yang melebih-lebih dan tidak bersyukur di atas pemberian orang kepada anak-anak mereka.

Dah dapat tu kau bersyukur je lah, zaman post pandemic ni dengan keadaan ekonomi seakrang orang dah bagi tu kira bagus la.- netizen

Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa sambutan hari raya Aidilfitri bukanlah waktu di mana anak-anak masing mengutip ‘cukai’ dan wang ringgit sebaliknya perlu diisi dengan aktiviti ziarah-menziarahi saudara jauh dan dekat.

komen twitter

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas