Connect with us

Oh! Media

14 MPV Polis Kejar Pasangan Kekasih Sejauh 96KM, Kantoi Rupanya Positif Dadah

polis

Oh! Tidak

14 MPV Polis Kejar Pasangan Kekasih Sejauh 96KM, Kantoi Rupanya Positif Dadah

Terdahulu, tular di media sosial aksi kejar mengejar melibatkan beberapa kenderaan MPV polis dan sebuah kereta di Lebuhraya Pasir Gudang.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.40 pagi apabila kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dikesan memandu secara mencurigakan.

IKLAN

14 MPV kejar selama satu jam 22 minit!

polis

Terbaru, Sinar Harian melaporkan kenderaan yang dinaiki oleh sepasang kekasih itu melarikan diri sejauh 96 kilometer sebelum berjaya ditahan selepas 1 jam 22 minit.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pada awalnya anggota unit MPV cuba menahan kereta terbabit secara baik.

Namun suspek enggan berhenti dan terus memecut laju malah turut memandu secara melawan arus demi melepaskan diri daripada ditahan.

Suspek melarikan diri melalui Lebuhraya Pasir Gudang ke Perling, kemudian ke Lebuhraya Utara-Selatan, berpatah balik ke Lebuhraya Pasir Gudang, sebelum memasuki Lebuhraya EDL, Pusat Bandar, Southkey, Jalan Bakar Batu, Jalan Masai Lama dan akhirnya ke Tanjung Langsat.

Ujar beliau lagi, kejadian melibatkan 14 MPV dari IPD Johor Bahru Selatan, IPD Johor Bahru Utara dan IPD Seri Alam.

Pasangan kekasih positif padah, tiada lesen dan roadtax tamat tempoh

polis

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 0.45 gram syabu dalam kereta mereka. Malah, kedua-dua suspek iaitu lelaki berkenaan dan teman wanitanya yang berusia 34 tahun juga disahkan positif methamphetamine.

Pemandu tersebut juga tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan kenderaan sudah tamat tempoh.

Selain itu, semakan mendapati mereka mempunyai rekod jenayah termasuk dadah.

Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah beberapa seksyen, antaranya Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1), 26(1) dan 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pssttt! Tindakan nekad seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri dan pasangan, malah pengguna jalan raya lain. Kalau dah tahu diri salah, serah diri lebih baik!

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas