Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Terkejut, Pasangan Kekasih Berduaan Dalam Kereta Lari Diperiksa Polis, Sampai 10 MPV Kejar!

Featured 713x401 No Box 9

Trending

Gara-Gara Terkejut, Pasangan Kekasih Berduaan Dalam Kereta Lari Diperiksa Polis, Sampai 10 MPV Kejar!

Tular di media sosial video memaparkan sebuah kereta dikejar peronda MPV polis di Jalan Skudai, Johor Bahru.

Memetik laporan Harian Metro, aksi kejar mengejar itu rupanya berpunca daripada sebuah kereta Proton Persona yang lari daripada pemeriksaan polis.

Difahamkan, kereta yang dinaiki sepasang kekasih itu berjaya melarikan diri sejauh 130 kilometer (km).

IKLAN

Aksi kejar mengejar viral

Momma 1674038496

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, pemandu dan kekasihnya bagaimanapun telah berjaya ditahan polis awal pagi ini.

Suspek berjaya ditahan di Kilometer 76.6 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ayer Hitam.

Hasil soal siasat, pemandu kereta merupakan lelaki warga tempatan berusia 20 tahun manakala teman wanitanya berusia 18 tahun.

Terkejut tengok peronda polis

@the8055_ 10 biji mpv ligan dari jb smpi air hitam. Tak dadah msti ketum #mpvjbs #jbstyle #pastimasukfyp #Fyp ♬ Sang Saka Biru – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Alif

Suspek dan kekasihnya ketika itu sedang berdua-duaan di dalam kereta lebih kurang jam 11.30 malam sebelum dihampiri peronda MPV yang sedang membuat Rondaan Cegah Jenayah (RCJ).

Gara-gara terkejut, suspek tiba-tiba mengundurkan kereta dan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri.

Anggota kemudian meminta bantuan bilik gerakan IPD JBS. Enam kereta peronda MPV dari IPD JBS dan empat kereta peronda MPV dari JBU yang sedang bertugas turut membantu menahan suspek.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (memandu secara melulu).

Hasil siasatan kedua-dua suspek bebas daripada rekod jenayah lampau.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas