Connect with us

Oh! Media

“10K Banyak, Depa Kaya Kot..” – Wanita Dikecam, Pertikai Bantuan Kerajaan Buat Mangsa Tanah Runtuh

tanah runtuh

Oh! Tidak

“10K Banyak, Depa Kaya Kot..” – Wanita Dikecam, Pertikai Bantuan Kerajaan Buat Mangsa Tanah Runtuh

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali, Selangor sememangnya amat menyedihkan buat kita semua. Sehingga kini pasukan menyelamat masih giat mencari mangsa yang tertimbus dan sama-sama kita doakan agar operasi ini berjalan lancar.

ADVERTISEMENT

BACA: PM Umum Bantuan RM10,000 Buat Mangsa Nahas Tanah Runtuh

Setakat artikel ini dikeluarkan, 2 lagi mayat mangsa telah dijumpai menjadikan jumlah 23 terkorban dan 10 lagi mangsa belum dijumpai. Pihak kerajaan sebelum ini turut mengumumkan bantuan wang ihsan sebanyak RM10,000 kepasa semua mangsa yang terkorban. Bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mangsa.

Ada pula yang tak puas hati! Pertikai pemberian wang ihsan banyak sangat…

Bagaimanapun, ada pula perkara yang tak sedap didengar bila ada individu yang mempertikai pemberian wang ihsan kepada mangsa. Katanya, semua mangsa sudah kaya dan patut diberikan wang sebanyak itu.

Perkara ini telah dipertikaikan seorang wanita di Twitter dan mendapat kecaman hebat netizen.

Ramai yang daif memerlukan..

Rata-rata netizen tak bersetuju dan kecewa dengan pandangan wanita ini dan mengharapkannya dapat menghayati semula apa yang ditulisnya samaada perlu atau tidak.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas