Connect with us

Oh! Media

U Mobile Diiktiraf No.1 Untuk 5G, Paling Tersedia dan Pantas di Malaysia

U Mobile Opensignal

Oh! Tech

U Mobile Diiktiraf No.1 Untuk 5G, Paling Tersedia dan Pantas di Malaysia

Sehingga penghujung bulan September 2023, liputan rangkaian 5G di seluruh Malaysia telah berjaya mencapai 70.2 peratus. Ini seiring dengan kelajuan 5G di Malaysia yang merupakan terpantas di Asia Tenggara dan ketiga di peringkat global.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini juga Opensignal telah mengumumkan pemenang Anugerah Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Global 5G tahunannya untuk 2023. Kami yakin korang tak jangka dengan keputusan ni.

Tak sangka telco negara kita ni ‘perform’!!

Pengguna U Mobile Nikmati Internet Paling Laju Di Malaysia

Kredit gambar: Opensignal

Berdasarkan laporan yang dikeluar Opensignal pada September yang lalu, U Mobile telah mencatatkan skor 31.9 peratus bagi Ketersediaan 5G.  

Ini secara tak langsung menjadikan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G No.1 negara dan dianggarkan pengguna rangkaian ini menikmati satu pertiga daripada masa mereka dengan sambungan aktif 5G U Mobile.

YES dan Unifi masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan skor 24.7 peratus dan 23.9 peratus.

Kelajuan Muat Turun Alami Peningkatan 115.7%. Wow!

Kredit gambar: Opensignal

Kredit gambar: Opensignal

Ketersediaan 5G merupakan penyumbang utama kepada kestabilan internet. U Mobile nampaknya berjaya memintas telco lagi  dan merampas takhta sebagai penyedia rangkaian dengan Pengalaman Kelajuan Muat Turun dan Muat Naik terpantas di Malaysia.

Masing-masing mencatatkan skor sebanyak 39.4Mbps — 1.7Mbps (4.5%) dan 9.9Mbps — 0.7Mbps (7.2%).

Bagi Pengalaman Kelajuan Muat Turun, telco ini berjaya melonjak sehingga 115.7 peratus berbanding sebelumnya, di mana U Mobile berada di ranking terakhir. 

Untung pengguna U Mobile nak download video atau drama smooth je!

Keberjayaan U Mobile  mungkin datang daripada usaha mereka mempromosikan pelan 5G dalam kalangan pengguna melalui tawaran dan pakej mesra bajet. Hasilnya U Mobile kini berjaya sebagai telco dengan Ketersediaan 5G No. 1 di Malaysia.

Pakej 5G Paling Mampu Milik Di Pasaran!

Serius kami nak bagitau, kalau korang tengah cari device 5G dengan internet laju, korang boleh try U Mobile. 

Pakej Terpaling Rahmah yang mereka tawarkan setakat ni memang antara paling menarik di pasaran, bayangkan hanya ambil U Postpaid 68 sebulan, korang siap boleh beli peranti 5G pada harga bermula RM119 je. 

Telefon pula korang boleh pilih nak Samsung Galaxy A14 5G, Samsung Galaxy M14 5G, Honor 90 Lite 5G atau realme 11 X 5G. Lepas tu, U Postpaid 68 ni siap datang dengan rebat RM10/sebulan selama 24 bulan. Cuba kira berapa banyak korang jimat?

Data internet pantas setiap bulan pun tak kedekut ya, U Mobile bagi pengguna 200GB data 5G sebulan, siap boleh buat roaming lagi (di negara terpilih).

Serius cakap 200GB ni lebih daripada cukuplah sebulan!

Data Pantas Internet Lambat & Tak Cukup? Dah Boleh Tukar ‘Line’ Tu!

Dalam usaha kerajaan menyasarkan 80 peratus liputan 5G di seluruh negara menjelang hujung tahun ini, U Mobile terus berusaha memberikan yang terbaik buat pengguna mereka. 

Korang yang mana peranti tak support 5G tu dah boleh tukar telefon baru.

*Opensignal adalah syarikat analisis telekomunikasi yang menyediakan data mengenai prestasi rangkaian mudah alih. Mereka mengumpul maklumat daripada pelbagai peranti mudah alih untuk mengukur kelajuan sambungan data, pengurusan rangkaian, dan pengalaman pengguna secara keseluruhan.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas