Connect with us

Oh! Media

Pencapaian Membanggakan, Atlet Malaysia Raih 18 Pingat Di Special Olympics Games Berlin 2023

Oh! Arena

Pencapaian Membanggakan, Atlet Malaysia Raih 18 Pingat Di Special Olympics Games Berlin 2023

Semalam secara rasminya, Sukan Olimpik Khas Berlin atau Special Olympics Games Berlin 2023 (acara sukan inklusif terbesar di dunia untuk orang kurang upaya intelek) melabuhkan tirainya.

ADVERTISEMENT

Temasya ini telah menghimpunkan lebih 7000 atlet dan delegasi dari 190 buah negara.

Malaysia telah menghantar 22 atlet yang terdiri daripada 16 orang kurang upaya intelek (ID) dan 6 atlet normal (Unified Partners) yang menjadi pasangan kepada atlet kelainan upaya bagi berentap dalam acara renang, bocce, badminton, olahraga, ping-pong dan boling.

Lepasi Sasaran 3 Pingat Emas

Mengikuti rapat perkembangan Team Malaysia di Special Olympics Games Berlin 2023 sepanjang minggu lalu, Ohmedia amat berbangga dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan kesemua atlet.

Sasaran 3 pingat emas yang ditetapkan berjaya diraih dengan jumlah keseluruhan 18 pingat masing-masing dengan 4 emas, 5 perak dan 8 gangsa.

Boling menjadi acara dengan kutipan pingat terbesar dengan 2 emas, 1 perak dan 3 gangsa. Diikuti dengan bocce, badminton, olahraga dan ping-pong.

Selain atlet, Malaysia turut menghantar 39 delegasi, 12 jurulatih, 4 pegawai dan seorang kakitangan perubatan yang diketuai oleh Dr. Sivanesan Govindasamy.

Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi negara, U Mobile telah menjadi penaja utama buat kontinjen negara yang mengambil bahagian dalam Special Olympics Games Berlin 2023 bagi sama-sama menyokong semangat Unbeatable para atlet dan menjadi medium diantara komuniti kurang upaya intelek (ID) dengan masyarakat.

Kami di Ohmedia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua atlet yang bertanding.

Semoga semangat yang dipamerkan ini dapat menjadi pendorong kepada lebih ramai individu kelainan upaya untuk menjadi lebih berani meneroka minat dalam dunia sukan dan menjadi #UnbeatableTogether.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas