Oh! Tech
TM Janji Baik-Pulih Gangguan Unifi Dalam Masa 24 Jam, Rebat RM50 Akan Diberikan Sekiranya Gagal?
Mesti ramai yang menggunakan perkhidmatan Unifi untuk mengakses internet dengan mudah dirumah masing-masing. Selalu tak ada gangguan ataupun jarang-jarang berlaku?
BACA : Internet Lemah Kerana Bentuk Muka Bumi, Naik Taraf Menara Dilakukan
Menurut Telekom Malaysia, mereka telah berjanji bahawa akan memastikan sambungan Unifi yang terganggu akan dibaik-pulih dalam tempoh masa 24 jam daripada aduan pengguna. Biar betul?
Demi memastikan pengalaman yang baik kepada semua pelanggan mereka, TM juga mengatakan bahawa perkara ini merupakan komitmen pertama yang dilakukan dalam industri ini.
Rebat RM50 akan diberikan sekiranya gagal
Bukan tu jer, TM juga mengatakan bahawa mereka akan memberikan rebat sebanyak RM50 sekiranya gagal memulihkan semula gangguan sambungan dalam tempoh yang diberi. Pergh! Ini memang terbaik.
Perkara ini telahpun bermula semalam dan tertakluk kepada pengguna yang melanggan pakej 100Mbps ke atas.
Tahu ramai yang tak puas hati dengan TM sebelum ini sebab banyak kali gangguan internet berlaku, betul tak? Diharapkan dengan perjanjian yang dibuat mereka ini, tidak banyaklah gangguan yang berlaku sebelum ini.
Psst! Kalau tidak, takdelah mereka berani buat perjanjian ini. Kah!
Kredit: Unifi Cares
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM