Connect with us

Oh! Media

Jelajah ACS EDU Musim Ke-3

Branded

Jelajah ACS EDU Musim Ke-3 Peringkat Akhir Tamat Dengan Jayanya, Siap Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records

Peminat eSport lagi-lagi pelajar universiti pasti tahu tentang Jelajah ACS EDU Musim Ke-3 yang baru saja berakhir, dengan Grand Final diadakan selama dua hari di The Boulevard, Berjaya Times Square betul tak? 

Mana taknya, pertandingan ini menyerlahkan bakat sukan esport Malaysia, di mana enam belas pasukan elit berentap untuk merebut kejuaraan kebangsaan tau. 

Paling penting, acara ini diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, yang melawat setiap booth di acara tersebut, melibatkan diri bersama peserta serta menyampaikan hadiah kepada pemenang top 3. 

Pasukan Dari Perlis Merangkul Takhta Juara, Bawa Pulang Hadiah Lumayan

Kalau korang dah biasa dengan kejohanan esport, mesti korang akan tahu betapa meriahnya suasana tersebut betul tak? 

Untuk Jelajah ACS EDU Musim Ke-3 ini, ia telah mencipta sejarah dan menetapkan penanda aras baru yang mana terdapat ramai peminat esport hadir menunjukkan sokongan padu kepada pemain-pemain yang terlibat. 

Bukan itu saja, CRIT Esports Malaysia telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menganjurkan Kejohanan Esports Varsiti Terbesar, melibatkan 109 universiti di seluruh negara, melebihi sasaran awal sebanyak 100 pengaktifan tau. Tahniah!

Pasukan Vampire Songlap dari Perlis

Jelajah ACS EDU Musim Ke-3 ini tamat dengan takhta Juara Kebangsaan yang dirangkul oleh pasukan Vampire Songlap dari Perlis, membawa pulang hadiah utama RM20,000. 

Pasukan Gamesmy Esport dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Manakala, pasukan Gamesmy Esport dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pasukan PTSB Esport dari Kedah memperoleh tempat kedua dan ketiga, masing-masing memenangi RM15,000 dan RM12,000, melengkapkan barisan pemenang bagi jelajah ACS EDU.

Pasukan PTSB Esport dari Kedah

Peringkat Akhir Jelajah ACS EDU Disempurnakan Dengan Pelbagai Penaja Terkemuka

Disebalik kejayaan sesebuah acara adalah daripada sokongan yang cukup hebat daripada peminat dan juga penaja terkemuka. 

Kalau korang nak tahu, peringkat akhir Jelajah ACS EDU ini dijayakan dengan rakan kongsi seperti Unifi Mobile, Penyampai Rasmi, ZTE | nubia Malaysia, Telefon Pintar Rasmi, dan Safi, Penjagaan Peribadi Rasmi. 

Unifi Mobile telah menjadi rakan kongsi utama dalam menyediakan lebih 6000 pemain dengan data 5G & 4G melalui pek Prabayar UNI5G WOW Unifi Mobile sepanjang tempoh jelajah.

Ini memberikan peserta dan komuniti permainan sambungan mudah alih ini bermain permainan video dengan rangkaian 5G yang kuat pada bila-bila masa, di mana saja. Bestnya!

Selain itu, Unifi TV juga telah menjadikan pengalaman ini boleh diakses oleh khalayak ramai melalui penyiaran secara langsung di setiap negeri dengan siaran Grand Final selama 2 hari di saluran sukan khusus Unifi TV yang baharu: Unifi esports (Saluran 702). 

Dengan sokongan ini, ia telah mencerminkan sokongan Unifi untuk industri eSport Malaysia dan mempamerkan profesional permainan muda.

Tak dilupakan, ZTE | nubia juga menjadi rakan kongsi yang menjayakan acara ini di mana mereka bersama CRIT, memulakan kempen anti-buli, ‘Scream For Charity’ yang menampilkan mesin jeritan sebenar di setiap universiti untuk peserta membuat sumbangan dengan menjerit ke dalam mesin tersebut.

Melalui aktiviti ini, mereka dapat menghulurkan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada NGO tempatan, Monsters Among Us (MAU) yang fokusnya untuk membanteras keganasan sistemik terhadap kanak-kanak. 

Safi juga menyokong jelajah ini dengan memperkasakan pemain wanita semasa Jelajah ACS EDU, Musim Ke-3. 

Selain daripada menyediakan hadiah berjenama, Safi juga menyokong semua pasukan wanita dengan bekalan produk selama 3 bulan, termasuk Safi Shayla Hair & Hijab Parfum Mist dan Safi Hijabista Whitening Deodorant. 

Tak dilupakan juga, acara ini disokong hebat oleh rakan strategik seperti Malaysia Esports Federation (MESF), Esports Integrated, and Ministry of Youth and Sports; rakan penyiaran Peringkat Akhir Negeri, Universiti Asia Pasifik (APU); Stesen Radio Rasmi, HotFM; Berjaya Times Square, sebagai tempat rasmi kejohanan; dan rakan kongsi sokongan, F&N Malaysia dan Midea Scott & English Electronics.

Sorotan Aktiviti Semasa Jelajah ACS EDU Musim Ke-3

Sepanjang jelajah ACS EDU Musim Ke-3 peringkat akhir ini berlangsung, terdapat pelbagai persembahan menarik diadakan, termasuk nyanyian merdu daripada penyanyi wakil CRIT, Muna Shahirah yang telah memukau penonton di acara tersebut.

Terdapat juga flashmob yang cukup bertenaga daripada Art Berat Sesh (ABS) dan rutin dinamik daripada Team Malaysia Cheerleading, yang mana kedua-dua persembahan ini disampaikan oleh CRIT Esports, Unifi Mobile dan ZTE | nubia. Wah, meriahnya!

Untuk menaikkan lagi semangat berdaya saing dalam arena suka esport, CRIT menganjurkan pertarungan 8v8 Team Deathmatch yang menampilkan KOL dengan kerjasama ZTE | nubia. 

Selain itu, terdapat juga perlawanan PUBGM berpasukan untuk gadis berhijab yang istimewa, diadakan dengan kerjasama Safi, untuk menyerlahkan lagi pemerkasaan wanita dalam arena sukan, menambahkan lagi semangat jitu semasa acara tersebut berlangsung. 

Lagi meriah, terdapat peraduan menarik, iaitu peraduan motosikal Yamaha PG-1 2024 yang mana tiga pemenang bertuah bukan saja membawa pulang motosikal tersebut, malah menerima perjalanan dan perbelanjaan berbayar ke London untuk Kejohanan PUBG Mobile Global.

Tiga pemenang bertuah tersebut juga turut menerima jaket musim sejuk tersuai yang ditaja oleh CRIT secara eksklusif untuk pelanggan Unifi Mobile.

Memandangkan musim ini telah berakhir, CRIT Esports Malaysia telah pun bersiap sedia untuk masa depan yang lebih cerah dengan permainan-permainan lebih mencabar menerusi pendekatan baru dan ganjaran menarik untuk pemain daripada semua latar belakang. 

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas