Connect with us

Oh! Media

Tiada Lagi Bau Hapak & Kepam Pada Fabrik Dengan Almari Pintar LG Styler™

Oh! Tech

Tiada Lagi Bau Hapak & Kepam Pada Fabrik Dengan Almari Pintar LG Styler™

Cuaca panas di Malaysia membuatkan kita senang berpeluh dan pakaian yang dipakai mudah menjadi kepam. Kadang-kadang baju baru pakai beberapa jam dah berbau.

ADVERTISEMENT

Apa yang membuatkan penjagaan baju ni renyah kerana setiap baju mempunyai fabrik yang berbeza dan mempunyai cara penjagaan tersendiri. Bukan semua boleh sumbat dalam satu basuhan mesin, habis rosaklah baju!

Tapi nasib baiklah LG ada satu ciptaan hebat bagi penjagaan dan pembersihan pakaian iaitu LG Styler™. Kalau korang yang suka tengok drama Korea mesti dah selalu tengok LG Styler™, biasanya diorang buat sangkut kemeja dan sut.

Sebab tak lama lagi ciptaan hebat ni nak masuk Malaysia. Jom kita tengok apa yang menarik dengan LG Styler™.

Almari pintar pakar penjagaan fabrik

Sekali pandang korang akan ingat LG Styler™ ni macam peti sejuk, tapi bukan ya. LG Styler™ ialah adalah almari pintar yang menjanjikan ‘Gaya Dalam Pembersihan’ ataupun ‘Hygiene in Style’.

Dengan pilihan dua warna futuristik, LG Styler™ in White (Putih) dan LG Styler™ Essence Mirrored Finish (Perak), ia hadir dengan teknologi canggih bagi mengekalkan kebersihan dan kesegaran pakaian, di samping membantu mengekalkan jangka hayat pakaian. Korang yang suka simpan atau kumpul baju tu wajib ada ni, takdelah baju mereput dalam almari.

Praktikal & memudahkan cucian kering

Inovasi pada LG Styler™ ni menjadikannya sangat praktikal dan sesuai dengan keperluan dan kemudahan cucian kering di rumah. 4 fungsi utamanya ialah:

1. Mensanitasi & Menyegarkan:

  • LG Styler™ mengurangkan 99.9% virus, bakteria dan alergen secara efisien melalui teknologi terkini TrueSteam™. Ia memudahkan proses mensanitasi fabrik dan bahan lain yang sukar atau tidak mungkin dicuci secara tradisional. 
  • TrueSteam™ menggunakan kandungan air 100 peratus, tanpa penambahan bahan kimia.
  • ‘Moving Hanger’nya yang telah dipaten pula membantu untuk menghilangkan habuk, alergen dan kedutan serta menghilangkan bau pakaian melalui operasinya yang senyap – hanya 41dB dan 200 vibrasi seminit.
  • Menyahhidratkan almari dan ruangan tertutup bagi mengekalkan persekitaran yang sentiasa segar.

2. Pengeringan Yang Cermat:

  • Sistem pam haba, sistem pengeringan rendah suhu mampu mengeringkan pakaian dengan lebih cepat berbanding dengan cara pengeringan udara. 
  • Pakaian dikeringkan secara cermat terutama pakaian yang memerlukan penjagaan rapi tanpa bimbang ia mengecut atau rosak kerana haba yang panas. 

3. Ruangan Pants Press: 

  • Ruangan ‘pants press’ ini memudahkan pemakaian sut.  Ia pantas dan mudah digunakan untuk sut seluar di samping mengekalkan lipatan sempurna yang pada kebiasaannya sukar apabila digantung.

4. Rekabentuk Mesra Alam Sekitar 

  • Selain fungsi utama sebagai almari pintar LG Styler™ ni juga mesra alam sekitar, menggunakan teknologi TrueSteam™ yang beroperasi menggunakan hanya air, tanpa bahan kimia. 
  • Sistem pam haba juga kurang menggunakan tenaga bagi tujuan pengeringan.  Ia bukan hanya menjimatkan tenaga dan kos, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar.

Seperti produk-produk LG yang lain, LG Styler™ ni juga boleh disambungkan terus ke aplikasi LG ThinQ™. Dengan teknologi ni korang boleh mengawasi pakaian di mana saja dan pada bila-bila masa hanya menggunakan telefon pintar. 

Sambungkan je LG Styler™ dengan aplikasi LG ThinQ™ menggunakan Wi-Fi dan korang dah boleh mengawal penggunaan tenaga atau menambah pusingan penjagaan yang baru menggunakan Cycle Download.  Ia juga akan bagitau korang bila pakaian korang telah dibersihkan dan sedia untuk dipakai.  

Pre order LG Styler™ & dapat Penulen Udara 360° LG PuriCare™ PERCUMA

Lagi best, kalau korang pre-order LG Styler™ bermula sekarang sehingga 31 Julai 2021. Korang boleh beli LG Styler™ ni pada harga diskaun iaitu RM7,399 (Harga sebenar: RM8,499).

Bukan itu saja, 50 pelanggan pertama yang membeli produk ini dalam tempoh tempahan awal ini akan mendapat SATU Penulen Udara 360° LG PuriCare™ (bernilai RM3,300) secara PERCUMA. Siapa cepat, dia dapat. Jangan lepaskan peluang menarik ini dan juga peluang untuk memiliki kedua-dua LG Styler™ dan Penulen Udara 360° LG PuriCare™!

Untuk maklumat lanjut tentang LG Styler™, klik di SINI atau ikuti laman Facebook LG di https://www.facebook.com/LGEMalaysia/ untuk maklumat terkini, berita serta promosi.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas