Connect with us

Oh! Media

Siri Galaxy Z 5G Lancar Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Pelbagai Promosi Hebat

Siri Galazy Z 5G Lancar Secara Rasmi Di Malaysia

Oh! Tech

Siri Galaxy Z 5G Lancar Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Pelbagai Promosi Hebat

Samsung Malaysia Electronics (SME) secara rasmi melancarkan siri peranti boleh lipat Samsung Galaxy Fold3 5G dan Flip3 5G di Malaysia.

ADVERTISEMENT

 Menerusi acara demonstrasi maya ‘New Era, Life Opens Up with Galaxy’ (Era Baharu, Hidup Lebih Terbuka dengan Galaxy) Presiden SME, Edward Han berkata, tahun lalu merupakan tahun yang mencabar dan memperlihatkan bagaimana teknologi menjadi penghubung diantara individu.

“Sebagai peneraju industri yang mempelopori teknologi boleh lipat, Samsung percaya mereka dapat memperkasakan aktiviti melalui ekosistem berdasarkan fleksibiliti, keterbukaan, intuisi, dan inovasi.”

Pelancaran siri Galaxy Z 5G turut disertai oleh artis tempatan seperti Alif Satar, Daiyan Trisha dan Dini Schatzmann.

Daiyan Trisya pengguna Samsung Galaxy Z Flip3 5G
Daiyan Trisha

“Galaxy Z Flip3 5G ni berani dan unik. Saya merasakan ia direka untuk individu seperti saya yang sukakan gaya dan fesyen. Telefon ini ringan tapi penuh dengan fungsi inovatif. Ambil gambar pun mudah dengan Flex Mode, membolehkan anda bebas sambil meneroka lebih banyak sudut!”

Promosi Siri Samsung Galaxy Z 5G

Galaxy Z Fold3 5G dijual pada harga bermula dari RM6,699 dan bermula RM3,999 bagi Galaxy Z Flip3 5G.

Pengguna boleh membuat pra pesanan di Samsung Experience Stores dan peruncit terpilih yang sah mulai 22 September 2021.

Proses penghantaran dan ketersediaan kedua-dua model ini dijangka bermula pada 5 November 2021.

Samsung turut mengumumkan tawaran luar biasa untuk pembelian siri Galaxy Z 5G dari 22 September hingga 31 Oktober 2021.

Bagi Galaxy Z Fold3 5G tawaran yang diberikan termasuklah baucar RM500 dan pelan setahun Samsung Care+ bernilai RM799.

Manakala pengguna yang membeli Galaxy Z Flip3 5G semasa tempoh promosi akan menerima baucar RM350 dan pelan setahun Samsung Care+ bernilai RM699.

Untuk pembelian Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G antara 14 September dan 30 November 2021, pelanggan layak menerima diskaun 30 peratus bagi tiga aksesori terpilih.

Galaxy Z Fold3 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold3-5g/buy/

Galaxy Z Flip3 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, layari  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z/

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas