Connect with us

Oh! Media

Samsung Rai #GalaxyTroop dengan Ganjaran Eksklusif Sempena Pelancaran Siri Galaxy FE di Malaysia

Oh! Tech

Samsung Rai #GalaxyTroop dengan Ganjaran Eksklusif Sempena Pelancaran Siri Galaxy FE di Malaysia

Peminat Apple boleh berehat seketika sebab kali ni kami nak kongsi tentang peranti Samsung pula.

ADVERTISEMENT

Samsung kembali dengan edisi Galaxy FE  (Fan Edition)  dengan 4 peranti baru iaitu Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9 FE, Galaxy Tab S9 FE+ dan juga Galaxy Buds FE. Pergh, bukan satu tapi 4 guys! 

Boleh dikatakan untuk siri Galaxy FE tahun ini, ia memenuhi selera dan keselesaan pengguna Samsung. 

Nak tahu kenapa? 

Sebab ia mempunyai design premium, prestasi memukau, kamera dan audio yang memberi pengalaman mengujakan sepanjang masa.

Korang boleh dapatkan kesemua peranti siri Galaxy FE ini bermula 10 Oktober 2023 di pasaran. Hmm, tapi kalau korang nak beli plus dengan promosi yang menarik, apa kata korang ikut jadi team #GalaxyTroop. 

Dengar cerita, banyak promosi yang korang boleh dapat tau. Nak tahu apa dia? Meh sini kami kongsikan..

Sertai team #GalaxyTroop & Nikmati Promosi Menarik

Aha! 

Bagi korang yang ingin dapatkan siri Galaxy FE ni, bermula dari 10 Oktober hingga 30 November, korang berpeluang untuk menikmati pelbagai promosi yang ditawarkan oleh Samsung tau. 

Antara promosi yang ditawarkan ialah:

1. Galaxy S23FE

Model RRPWarna
Samsung Galaxy S23 FE (128GB) RM2,999
Mint, Cream, Graphite, Purple
Online exclusive: Tangerine, Indigo
Samsung Galaxy S23 FE (256GB) RM3,299

Promosi: 

  • Dapatkan storan berganda dengan diskaun RM300 bagi model Samsung Galaxy S23FE (256GB). 
  • Jimat RM350 rebat bagi trade-in. 
  • Diskaun sehingga 30% untuk pembelian Samsung Care+, Siri Galaxy Tablets dan Buds yang terpilih serta aksesori Samsung. 
  • Daftar sebagai ahli #GalaxyTroop dan nikmati promo Fan Exclusive RM500. 

2. Galaxy Tabs S9 FE / S9 FE+ 

Model RRPWarna
Galaxy Tab S9 FE (WiFi) 6GB+128GBRM2,099









Mint, Lavender, Gray, Silver
Galaxy Tab S9 FE 5G 6GB+128GBRM2,699
Galaxy Tab S9 FE (WiFi) 8GB+256GBRM2,399
Galaxy Tab S9 FE 5G 8GB+265GBRM2,999
Galaxy Tab S9 FE+ (WiFi) 8GB+128GBRM2,799
Galaxy Tab S9 FE+ 5G 8GB+256GBRM3,399
Galaxy Tab S9 FE+ (WiFi) 12GB+256GBRM3,099
Galaxy Tab S9 FE+ 5G 12GB+256GBRM3,699

Promosi:

  • Percuma Smart Book Cover bernilai RM389. 
  • Diskaun sehingga 30% untuk pembelian Samsung Care+, Siri Galaxy Tablets dan Buds yang terpilih serta aksesori Samsung.
  • Percuma 1 Tahun Kod Baucar Viu Premium Langganan (bernilai RM99.90)
  • Daftar sebagai ahli #GalaxyTroop dan nikmati promo Fan Exclusive RM300. 

3. Galaxy Buds FE

Korang boleh dapatkan Galaxy Buds FE dengan harga RM399 sahaja. Ia hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Graphite dan White

Bermula dari 10 Oktober hingga 31 Oktober 2023, korang yang membeli Galaxy Ear Buds berpeluang mendapatkan Minion Bob Eco-Friends Cover yang bernilai RM169 secara percuma. 

Tawaran Menarik Untuk Ahli #GalaxyTroops

Bagi korang yang membeli siri Galaxy FE dan berdaftar sebagai ahli #GalaxyTroops, korang boleh menikmati tawaran Samsung Finally Monday Epic Rewards bermula dari hari ini sehingga 6 November 2023. Bestnya!!

Macam mana nak guna rewards ni? Senang je, just follow 3 langkah ni: 

Langkah 1: Pengguna Galaxy dan Ahli Samsung akan menerima e-mel bagi mendaftar butiran peribadi.

Langkah 2: Bagi yang berdaftar, akan menerima e-mel yang mengandungi hadiah mingguan. 

Langkah 3: Semak e-mel anda setiap hari Isnin untuk mendapatkan pautan link ke aplikasi Samsung Members bagi muat turun baucar terhad. 

Rasai Pengalaman Pertama Menggunakan Siri Galaxy FE 

Siapa dekat sini yang join event Sneakerlah pada 7 dan 8 Oktober 2023 ni di MITEC. Jangan lepaskan peluang korang untuk rasai penggunaan siri Galaxy FE di booth Galaxy Space tau! 

Semua peranti siri Galaxy FE serta siri Samsung yang lain turut ada di sana. Pelbagai aktiviti menarik turut disajikan kepada pengunjung seperti pameran Nightography Rare Pairs oleh B53 dan Nightography Alley. 

Bukan tu je, korang juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memiliki kasut edisi terhad bernilai sehingga RM50,000 dengan cara bergaya pada #FlexYou360 Sneaker Cam. 

Jadi tunggu apa lagi, pra-pesan sekarang siri Galaxy Fan Edition: 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Samsung, layari laman web rasmi dan ikuti laman sosial rasmi Samsung di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas