Selepas siri S, Samsung nampaknya tak melupakan pengguna telefon pintar pertengahan (mid range) mereka iaitu siri A.
Apa yang menarik, seperti siri flagship mereka, Samsung turut mempertingkatkan permainan kamera bagi siri A terbaru mereka Galaxy A54 5G dan A34 5G yang menjanjikan pengguna pengalaman merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas walaupun di kawasan terang dan memiliki ketahanan bateri lebih panjang selama 2 hari.
IKLAN
Upgrade terbaru siri A seakan flagship!
Memahami kehendak pengguna yang inginkan pengalaman fotografi terbaik. Samsung meningkatkan keupayaan Nightography dan AI pada Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G bagi memberikan pengguna kepuasan untuk merakam swafoto dan video dengan lebih jelas!
Ia hadir dengan fungsi Kamera Ultra-Lebar 12MP, Kamera Utama 50MP, Kamera Makro 5MP dan Kamera Depan 32MP.
Korang jenis yang suka merakam video? Tapi mesti kadang-kadang tak terlepas dari masalah bergegar kan? Jangan risau, Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G menggunakan penstabil imej optikal (OIS) dan penstabil imej digital video (VDIS) untuk memberikan penggunakan hasil yang rakaman yang lebih stabil dan tidak kabut.
Buat kali pertama bagi siri Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, Samsung memperkenalkan ciri menghapuskan bayang-bayang dan pantulan yang tidak diperlukan dalam gambar menggunakan alat penyunting imej yang dipertingkatkan.
Paparan Vision Booster, 5G Pantas dan Bateri Tahan Lama
Bagi kedua-dua Samsung Galaxy A34 5G dan A54 5G ia menggunakan paparan Super AMELOD masing-masing dengan saiz 6.4 inci dan 6.6 inci. Dengan ciri Vision Booster dan kadar segar semula 120Hz yang dipertingkat, ia memberikan paparan yang bersesuaian untuk keadaan cahaya yang berbeza.
Siri Galaxy A 2023 ini dikuasakan dengan cip MediaTek 1080 (Galaxy A34 5G) dan cip Exynos 1380 (Galaxy A54 5G) yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G juga dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti selama 2 tahun . Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.
Empat Pilihan Warna Yang Memang ‘Awesome’
Bagi Samsung Galaxy A34 5G warna yang ditawarkan ialah Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver. Untuk Samsung Galaxy A54 5G pula, ia hadir dengan pilihan warna seperti Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White.
Teha, bekas penulis editorial separuh masa di Oh! Media, fokus pada penulisan dalam bidang pemasaran. Dengan dedikasi untuk memberikan manfaat melalui setiap artikel, Teha mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan daripada pembaca setia Oh! Media.
Bermula Januari ini, warganegara Malaysia yang mengembara diwajibkan menggunakan aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan. Menurut...