Connect with us

Oh! Media

Samsung Galaxy A22 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Untuk Mereka Yang Pentingkan Gaya

FI OM Samsung A22 5G

Oh! Tech

Samsung Galaxy A22 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Untuk Mereka Yang Pentingkan Gaya

Baru-baru ni Oh! Media ada share tentang pandang pertama kami untuk telefon pertengahan terbaru Samsung, Galaxy A22 5G.

ADVERTISEMENT

‘BACA’: Pandang Pertama Samsung Galaxy A22 5G, Telefon Pintar 5G Harga Bawah RM1000

Selepas 2 minggu menggunakan phone ni dalam aktiviti seharian, ini pandangan jujur kami terhadap Galaxy A22 5G.

Design yang kemas

Untuk Galaxy A22 5G ni, kemasan belakangnya ialah jenis plastik matte yang memudahkan korang nak pegang phone tanpa meninggalkan kesan cap jari.

Bentuknya yang simetri juga memberikan korang cengkaman yang selesa. 

Selain tu, susunan kamera di bahagian belakang berbentuk petak, memberikan kemasan akhir yang nampak simple dan bergaya.

Quad kamera pintar beri sentuhan gambar mengagumkan

Quad kamera dengan susuna yang minimalis

Galaxy A22 5G dilengkapi tiga kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera sensor kedalaman 2MP, termasuk kamera swafoto 8MP. 

Untuk kamera utama ni, ia memudahkan korang nak merakamkan gambar yang lebih jelas dan cerah pada waktu siang. Malah ada juga fungsi mod malam dan scene optimizer untuk korang merakam gambar ketika suasana atau keadaan yang gelap.

Hasil gambar kamera Galaxy A22 5G
Dirakam menggunakan Galaxy A22 5G

Lensa sudut lebar 115 darjah yang ada pada kamera ultra-lebar 5MP dan kamera kedalaman 2MP Galaxy A22 5G pula boleh detect persekitaran korang secara automatik dan akan mencadang fungsi kamera yang lebih baik untuk digunakan.

Model ini turut mempunyai kesan bokeh semula jadi dalam mod potret yang ditambah baik, menjadikan gambar korang lebih menakjubkan dengan latar belakang imej kabur dan memberi tumpuan kepada subjek utama.

Hasil selfie dengan kamera hadapan 8MP
Selfie mengunakan Galaxy A22 5G

Bagi yang suka selfie pula, Galaxy A22 5G menyokong selfie focus dan dilengkapi dengan kesan untuk menambahbaik wajah (Face Retouching Effect) yang menawarkan empat mod wajah termasuk kelicinan, tona warna, rahang, dan mata. 

Skrin lebih besar dan memuaskan

Paparan yang lebih besar

Galaxy A22 5G didatangkan dengan paparan skrin 6.6-inci Infinity V dengan resolusi FHD+. Dengan kadar segar semula 90Hz, ia memudahkan korang menatal dan menukar paparan dengan lebih lancar.

A22 dengan One UI Core 3.1

Dengan menyokong One UI Core 3.1, ia memberikan pengalaman mudah alih yang menyeronokkan dan membolehkan korang menetapkan kawalan telefon mengikut cita rasa.

Bagi ciri keselamatannya, Galaxy A22 5G dilengkapi pengimbas cap cari pada bahagian sisi seperti model Galaxy A32, yang membolehkan korang membuka dan mengakses telefon dengan lebih mudah hanya dengan satu butang.

Malah fungsi antaramuka, Quick Panel turut ditambah baik, memberikan kelancaran bertukar aplikasi apabila melakukan pelbagai perkara.

Bateri lebih besar dan tahan lama

Samsung Galaxy A22 5G (Mint)
Samsung A22 5G (Mint)

Paling menarik bagi kami ialah telefon kelas pertengahan Galaxy A22 5G dilengkapi bateri tahan lama dengan kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Model ini menggunakan pemproses Octa-Core yang canggih RAM 8GB, kapasiti storan dalaman 128GB yang boleh ditambah sehingga 1TB dengan kad MicroSD.

Malah teknologi 5G yang dibina turut memberi pengguna persediaan untuk menikmati teknologi itu apabila ia mula tersedia menjelang hujung tahun ini.

Bagi gamers, kelebihan teknologi serta Cip MediaTek (Dimensity 700) pada telefon ini memberikan pengguna peluang untuk bermain dengan phase yang pantas dan kadar lengah yang rendah.

Walaupun terdapat juga sedikit lag untuk kamera penstriman. Namun bagi kami, itu tidak menjejaskan pengalaman korang bermain game. Malah bagi kategori telefon pertengahan, Samsung Galaxy A22 5G mempunyai pretasi yang menakjubkan.

Didatangkan dengan warna-warna pastel Violet, Gray, dan Mint, Galaxy A22 5G boleh didapati hanya pada harga RM999.

Sehingga 31 Ogos 2021, kalau korang beli Galaxy A22 5G, korang boleh dapat sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma. Sementara stok masih ada!

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A22 5G, korang boleh klik di SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas