Connect with us

Oh! Media

Pandang Pertama Samsung Galaxy A22 5G, Telefon Pintar 5G Harga Bawah RM1000

Oh! Tech

Pandang Pertama Samsung Galaxy A22 5G, Telefon Pintar 5G Harga Bawah RM1000

Jenama telefon pintar Samsung sentiasa selangkah di hadapan dalam melengkapkan rangkaian telefon pintar mereka dengan teknologi terkini 5G.

ADVERTISEMENT

Tidak hanya tersedia untuk model telefon pintar andalan (flgship) malah model pertengahan Samsung turut dilengkapkan dengan teknologi ini.

Walaupun Malaysia masih belum menikmati teknologi 5G, namun ura-ura teknologi ini bakal tersedia menjelang hujung tahun nampaknya semakin menjadi kenyataan.

Ini apabila kerajaan mula membangunkan ekosistem 5G dan perkhidmatan awan (cloud service) dalam masa sebenar (real-time), bagi membolehkan maklumat dikongsi serta-merta.

Samsung Galaxy A22 telefon pertengahan dengan teknologi 5G

Samsung A22 5G dilengkapi dengan pengecas dan wayar

Mesti ramai tertanya-tanya apa bestnya teknologi 5G ni? Teknologi 5G ni ialah generasi kelima jaringan tanpa wayar memberikan korang pengalaman melayari internet dengan lebih pantas serta jaringan yang lebih luas.

Psstt.. Ni tiada kaitan dengan suntik vaksin dapat cip 5G ya. :p

Okaylah korang dah tau apa tu 5G, sekarang Oh! Media nak share telefon pintar mampu milik yang menawarkan teknologi ni. Tak lain tak bukan mestilah Samsung.

Kalau sebelum ni kami pernah review tentang model Galaxy A32 5G, korang boleh baca kat SINI. Kali ni, kami nak review tentang Galaxy A22 5G pula.

Warna cantik & ringan

Spesifikasi Galaxy A22 5G

First masa buka tu, kami teruja sebab warna untuk Samsung Galaxy A22 5G ni cantik sangat, untuk pengetahuan korang model ni menawarkan tiga pilihan warna pastel iaitu Grey, Mint dan Violet.

Galaxy A22 5G menggunakan paparan skrin Infinity-V dengan kadar segar semula 90Hz. Skrinnya pula lebar dengan saiz 6.6-inci FHD+, ni kalau layan movie, scroll sosial media atau main games confirm puas!

Lagi satu yang menarik, berat telefon ni just nice. Takdelah lenguh tangan kalau pegang lama-lama.

Seperti model Galaxy A32, A22 turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Tak perlu tunggu lama untuk bateri penuh.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi keselamatan pengimbas cap jari di bahagian sisi untuk memudahkan korang mengakses telefon dengan hanya satu butang.

Storan besar dengan pemproses Octa-Core MediaTek Dimensity 700 5G

Bagi model Galaxy A22 5G, storan dalamannya berkapasiti 128GB dengan RAM 8GB. Kalau storan ni masih tak cukup korang boleh menggunakan kad MicroSD sehingga 1TB.

Selain tu, model ni dilengkapi dengan pemproses Octa-Core MediaTek Dimensity 700 5G, yang memberikan korang sambungan pantas walaupun dengan penggunaan data yang banyak. Takdelah lag kalau tengah strim video atau main game.

Kamera utama 48 MP & ada selfie fokus

Samsung A22 5G dilengkapi 3 kamera di bahagian belakang

Samsung Galaxy A22 5G turut dilengkapi dengan kamera utama 48MP dan kamera Ultra-Lebar 5MP untuk merakam gambar panorama yang menakjubkan. Bagi yang suka selfie, kelebihan kamera depan 8MP menyokong Selfie Focus membuatkan untuk gambar korang lebih cerah dan jelas.

Pada harga RM999, kami merasakan ini adalah telefon pertengahan terbaik untuk dimiliki kalau korang dalam perancangan nak tukar telefon sedia ada.

Kalau korang nak tau lebih lagi tentang pengalaman kami gunakan sendiri telefon pintar ni, korang kenalah stay tuned okay. Kami akan share review kami main games dan berfotografi dengan Samsung A22 5G.

Untuk yang nak beli Galaxy A22 5G, korang boleh dapat sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma kalau lakukan pembelian sebelum 31 Ogos 2021. Sementara stok masih ada!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas