Connect with us

Oh! Media

Samsung Dahului Teknologi Peranti Boleh Lipat Dengan Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Fold 3 5G & Galaxy ZFlip3 5G

Oh! Tech

Samsung Dahului Teknologi Peranti Boleh Lipat Dengan Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G

Pada bulan Mac yang lalu, Samsung telah mengumumkan tiada pengeluaran bagi model flagship terkemuka mereka, Galaxy Note tahun ini.

ADVERTISEMENT

Tapi nampaknya, Samsung ada perancangan lain dengan memperkenalkan peranti boleh lipat premiumnya iaitu Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G secara serentak minggu lalu.

Peranti generasi ketiga ini ditambahbaik seiring dengan permintaan pengguna telefon pintar boleh lipat Samsung, supaya ia lebih tahan lama dan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih optimum berbanding rekaan sebelumnya.

Dari reka bentuk ikonik sehingga ke hiburan yang mengasyikkan, Z Flip3 dan Z Fold3 menawarkan cara baru yang unik untuk bekerja, menonton video dan bermain games kepada pengguna.

Galaxy Z Fold3 sokong S Pen

Samsung Galaxy Z Fold3 sokong S Pen

Bagi mereka yang suka melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, Z Fold3 adalah pilihan terbaik untuk menyokong produktiviti dan hiburan.

Dengan paparan skrin Infinity Flex 7.6-inci, ia kini mempunyai sokongan untuk fungsi S Pen, yang hanya boleh digunakan oleh model Note sahaja sebelum ini.

Berbanding Galaxy Z Fold3, model Galaxy Z Flip3 menyasarkan mereka yang inginkan peranti penuh gaya dengan pelbagai fungsi. Z Flip3 adalah peranti ideal dengan reka bentuk yang minimalis, kompak, dan bersaiz poket.

Ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri kamera yang ditambah baik, serta skrin lebih besar yang dibina untuk penggunaan pantas walau di mana saja korang berada.

Dilengkapi IPX8

 Samsung Z Fold3 dan  Samsung Z Flip3 kalis air berbanding model terdahulu

Selain itu, Samsung turut melakukan penambahbaikan pada telefon boleh lipat Z Fold3 dan Z Flip3 dengan fungsi rintang air, IPX8.

Kedua-dua peranti ini juga dibina dengan Armor Aluminium, iaitu aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy berserta Corning® Gorilla® Glass Victus™ yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar jika terjatuh tanpa sengaja.

Z Fold3 dan Z Flip3 turut dilengkapkan dengan filem pelindung, diperbuat daripada PET yang boleh regang dan lapisan panel paparan yang dioptimumkan, menjadikan skrin utama 80% tahan lebih lama berbanding peranti sebelumya.

Gaya yang lebih memukau

Permukaan berkilat dan sophisticated bagi Z Fold3

Z Fold3 dibina dengan reka bentuk yang berkilat, nipis dan lebih ringan untuk lebih mudah dibawa berbanding Galaxy Z Fold2. Ia hadir dengan tiga pilihan warna klasik iaitu Phantom Black, Phantom Green, dan Phantom Silver.

Z Flip3 lebih trendy dan bergaya

Z Flip3 pula direka buat pengguna yang ingin mengekspresikan diri dengan pilihan warna terang, reka bentuk yang anggun, dan ciri-ciri premium.

Dengan pilihan empat warna yang bergaya krim, hijau, lavendar, dan phantom black serta ditambah dengan gelung cengkam bergaya yang baru dan sarung bertali, menjadikannya lebih mudah untuk dipegang dan dilipat.

Untuk pilihan warna lebih eksklusif seperti kelabu, merah jambu dan putih, pengguna boleh layari Samsung.com.

Harga untuk peranti Galaxy Z Fold3 bermula RM6,699 keatas. Manakala, Galaxy Z Flip3 bermula RM3,999 keatas. Nak tau lebih lanjut tentang peranti ni, klik link di bawah.

Galaxy Z Fold3: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold3-5g/ 

Galaxy Z Flip3: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/

Samsung Galaxy Watch4 dengan Wear OS™

Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic dengan Wear OS™ dikuasakan oleh Samsung

Bukan hanya peranti boleh lipat, Samsung turut memperkenalkan jam tangan pintar generasi baru, Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.

Ini adalah jam tangan pintar pertama yang menampilkan Wear OS™ dikuasakan oleh Samsung yang dibina bersama Google™

Ia dilengkapi dengan One UI Watch, antara muka pengguna Samsung yang paling intuitif.

Siri Galaxy Watch4 diperkuat dengan prestasi perkakasan canggih dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan terhubung daripada sebelumnya.

Peranti ini telah direka semula sepenuhnya untuk menyediakan kepada pengguna alat terbaik bagi mengurus kesihatan mereka. 

Siri Galaxy Watch4 juga merupakan generasi pertama jam tangan pintar yang menampilkan Wear OS yang dkuasakan oleh Samsung, platform baharu yang meningkatkan setiap aspek pengalaman jam tangan pintar.

Sokong aplikasi pihak ketiga

Dibina oleh Samsung dan Google, platform canggih ini membolehkan korang menggunakan ekosistem yang luas dengan aplikasi popular Google seperti Google Maps, dan perkhidmatan Galaxy yang digemari seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby terus daripada pergelangan tangan.

Platform ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga yang terkemuka seperti Adidas Running, Calm, Strava, dan Spotify yang boleh didapati di Google Play. Maklumat lanjut klik link di bawah:

Galaxy Watch4: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-black-bluetooth-sm-r870nzkaxme/

Galaxy Watch4 Classic: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-classic-black-bluetooth-sm-r880nzkaxme/

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Samsung yang lain korang boleh klik di SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas