Connect with us

Oh! Media

Penimbang Pintar? Berus Gigi Bergetar 34k Kali Seminit? Korang Mungkin Tak Percaya Jika Sebut Jenama Produk Ini!

Branded

Penimbang Pintar? Berus Gigi Bergetar 34k Kali Seminit? Korang Mungkin Tak Percaya Jika Sebut Jenama Produk Ini!

Jika sebelum ini begitu sinonim dengan telefon pintar, realme maju setapak dengan memperkenalkan produk penjagaan diri. Dengan slogan “Smart Care Is Now”, realme sekarang dah ada realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush!

Kedua-dua produk penjagaan peribadi ini baru diperkenalkan untuk gaya hidup berteknologi tinggi. realme menawarkan produk berkualiti premium untuk memudahkan kehidupan seharian pengguna.

Produk penjagaan peribadi ini sesuatu yang baru buat realme yang sebelum ini telah mengeluarkan produk gaya hidup. 

Langkah mengeluarkan produk penjagaan diri ini demi memenuhi keperluan pengguna setianya yang sentiasa dahagakan kehidupan yang ditemani peranti pintar, termasuklah dalam aspek penjagaan diri.

Dua produk pertama adalah realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush. Khabarnya, banyak lagi produk penjagaan diri bakal dilancarkan realme di masa depan. Kita tunggu dan lihat nanti!

Mudah untuk pantau kesihatan dengan realme Smart Scale

realme Smart Scale ni mempunyai sensor Bio-Impedance Analysis atau (BIA) untuk memantau kesihatan korang dengan mudah. Ada pelbagai fungsi yang tersedia seperti mengukur kandungan lemak tubuh, kandungan otot dan boleh menganalisis semua maklumat biometrik semasa dari tubuh badan korang tau.

Padu teruk ni.Tahap kesihatan dan perkembangan kecergasan boleh dipantau dengan penggunaan realme Smart Scale ini. Semuanya tersedia dalam satu peranti, macam-macam boleh kita tahu. Mudah!

Bateri boleh tahan sampai setahun

Menariknya, ia menggunakan 4 bateri AAA jer yang korang selalu beli dekat kedai runcit tu, tapi dia mampu bertahan selama setahun dalam mod standby. Pergh! Korang perlu tukar bateri sekali jer dalam masa setahun gais, memang terbaik.

Ini membuktikan, tidak semua peranti pintar memerlukan sentiasa dicas untuk digunakan. Apatah lagi bila peranti seperti realme Smart Scale ni, boleh je digunakan bila masa tanpa perlu sentiasa beringat untuk dicas sebelum digunakan.

Mudah timbang barang-barang ringan dengan tepat

Masa PKPP ni mesti ramai yang dah mula menjinakkan diri menjadi online shopper kan? Korang juga boleh menggunakan realme Smart Scale ni untuk menimbang barang yang nak dipos tu dengan mod ringan yang tersedia.

Kalau nak timbang sesuatu barang ringan antara 50g sehingga 9.99kg pun mudah dengan pembacaan yang lebih tepat. Psst! Korang juga boleh timbang barang-barang ringan yang lain tau seperti buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Digunakan bersama telefon pintar

Tambah menarik, realme Smart Scale ini juga boleh dihubungkan dengan realme Link App untuk pengguna mendapatkan laporan menyeluruh mengenai tahap kesihatan mereka mengikut kemahuan sendiri pada tarikh pilihan.

Apps ini mempunyai 16 perubahan data untuk dibandingkan berdasarkan perubahan pada tubuh pengguna bagi memudahkan membuat sesuatu perancangan atau mencapai matlamat kesihatan. Cool!

Gigi akan terjaga dengan realme M1 Sonic Electric Toothbrush

Penjagaan mulut dan gigi semestinya dititikberatkan kita semua tambah lagi kalau korang yang selalu berhadapan dengan orang untuk menjaga penampilan diri. Untuk itu, realme M1 Sonic Electric Toothbrush adalah jawapan jika korang tercari-cari berus gigi berteknologi tinggi.

Ia didatangkan dengan motor sonic frekuensi tinggi bersama Dupont 99.99% Anti-Bacterial Bristles yang memastikan gigi korang dibersihkan dengan maksimum setiap kali penggunaan.

Dinamakan Reminder Bristles, warna bulu berus juga akan bertukar, menandakan sudah tiba masanya untuk menukar kepala berus baru. Semuanya untuk memastikan fungsi paling optimum dapat dijalankan berus gigi pintar ini.

Berus ini akan membersihkan kekotoran di celah-celah gigi dengan lebih efektif dengan 98% lebih berbanding 85% bagi berus biasa. Jadi, pengalaman memberus gigi setiap hari pun terbaik setiap kali! Tak perlu lagi nak beria gonyoh kuat-kuat dah.

Bagi tujuan keselamatan dan kebersihan, kepala berus turut melalui proses disinfeksi UV . Untuk sesuatu peranti dimasukkan ke mulut, semestinya aspek ini cukup penting dan dititikberatkan.

Empat mod yang sesuai untuk semua

Ia juga memang sesuai untuk semua peringkat umur dengan empat mod yang tersedia kepada pengguna seperti mod lembut untuk gigi sensitif, mod bersih untuk penggunaan harian, mod putih untuk pembersihan yang mendalam dan polish mod untuk gigi yang bersinar. Pergh! Kalau guna keempat-empat mod tu mesti gigi korang akan lebih bersih dan berkilau-kilau.

Sekali caj boleh tahan 3 bulan

Menariknya, bateri realme M1 Sonic Electric Toothbrush ni mampu bertahan sehingga 90 hari tau dengan sekali cas gais. Bukan tu jer, ia juga menyokong wireless charging untuk memudahkan korang. Pergh! Memang mantul.

Produk ini memberikan dua jenis berus untuk gigi normal dan juga sensitif. Setiap orang semestinya mempunyai jenis gigi dan gusi yang berbeza-beza. Sebab itulah, realme sediakan kedua-dua jenis berus dalam setiap unit, jadi untuk korang bergigi sensitif tak perlu risau!

10.10 Flash Sale di Shopee

Sempena 10.10 yang bakal menjelma, realme juga akan ada sale hebat untuk produk mereka di Shopee! Mesti ramai ternanti-nanti kan apa agaknya produk realme yang nak shopping, lagi-lagi bila dah lama aim.

Atau korang nak realme Smart Scale & realme M1 Sonic Electric Toothbrush ini pula? Klik link untuk terus membuat pesanan korang dengan Shopee. Jom sama-sama kita tunggu pengumuman mereka. Kalau dah sale, berbaloi-baloi untuk grab, bila lagi kan? Alang-alang harga tengah murah, rugi kalau tak beli.

realme ni memang buatkan Ohmedia jatuh cinta dengan produk-produk yang mereka keluarkan. Korang jangan lupa untuk stay tuned di page Facebook rasmi mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk penjagaan peribadi terbaru mereka ni gais. Excitednya!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas