Connect with us

Oh! Media

Realme 11x 5G Bakal Masuk Pasaran Malaysia Pada 15 September Ini

Realme 11x 5G

Oh! Tech

Realme 11x 5G Bakal Masuk Pasaran Malaysia Pada 15 September Ini

Selepas melancarkan peranti Realme 11 5G di Malaysia, syarikat telefon pintar ini sekali lagi memasarkan peranti terbaharu pada 15 September iaitu Realme 11x 5G.

ADVERTISEMENT

BACA: Realme 11 5G Bakal Masuki Pasaran Malaysia Pada 30 Ogos Ini

Bukan itu sahaja, setakat ini Realme juga pernah melancarkan peranti Realme 11 Pro+, Realme 11 Pro dan Realme 11.

Spesifikasi Realme 11x 5G

Realme 11x 5G berada dalam kategori kelas pertengahan mampu milik dengan skrin LCD 6.72″ FHD+, 120Hz, dijana Dimensity 6100+ dengan GPU Mali-G57 MC2, memori 8GB RAM sehingga 8GB RAM maya dan 128GB storan dalaman.

Malah, peranti ini juga dilengkapi dengan kamera yang mempunyai 64+2 megapixel dengan kamera swafoto 8MP.

Dalam pada itu, Realme 11x 5G mempunyai bateri adalah 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SuperVOOC.

Tambahan, ia dihadiri dengan sistem biometri menggunakan pengimbas cap jari di sisi, realme UI 4.0 digunakan sebagai sistem operasi, masih mengekalkan port bicu audio 3.5mm, dan menggunakan rekaan yang ringkas, elegan dan minimal.

Realme 11x 5G

Sementara itu, peranti ini hadir dengan dua warna telah disahkan akan dijual di Malaysia iaitu Purple Dawn dan Midnight Black.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • Realme 11x 5G
  • Realme 11x 5G

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas