Branded
Perlukan Smartwatch? HUAWEI Tawar Model Terbaru WATCH GT 3 & WATCH GT Runner Yang Korang WAJIB Ada!
Oleh
Apabila mengamalkan gaya hidup sihat, memiliki peranti teknologi seperti jam tangan pintar menjadi satu keperluan untuk menjejak kesihatan dan aktiviti yang dilakukan.
Sentiasa membawakan teknologi terkini, HUAWEI memperkenalkan jam tangan pintar terbaru siri HUAWEI Watch GT 3 dan HUAWEI Watch GT Runner.
Kedua-dua model ini hadir dengan ciri unik dan kelebihan yang tersendiri, korang tak tau nak pilih yang mana? Jom Oh! Media kongsikan kelebihan smartwatch terbaru HUAWEI ni!
HUAWEI Watch GT 3
Bagi siiri HUAWEI Watch GT 3 ia mempunyai 2 variasi dengan masing-masing mempunyai jangka bateri yang berbeza, HUAWEI Watch GT 3 42mm mampu bertahan sehingga 7 hari manakala HUAWEI Watch GT 3 46mm boleh bertahan sehingga 14 hari.
Jangka bateri yang lama adalah bertujuan memastikan pengguna boleh memakainya sepanjang hari dan menggunakannya secara berterusan. Walaupun semasa tidur untuk memantau diri ketika sedang berehat dan SpO2 sepanjang hari.
Dengan berat sekitar 35g (42mm) dan 42.6g (46mm) tanpa tali, ia memberikan pengguna pengalaman pemakaian jam yang lebih nipis dan ringan tanpa membebankan pergelangan tangan.
Ciri paling menarik dimiliki jam ini ialah, pemantauan kesihatan yang dipertingkatkan, di mana ia dapat mengesan perubahan kadar degupan jantung yang meningkat secara drastik.
Ia juga boleh mengesan keadaan jantung walaupun dalam situasi yang berbeza contohnya seperti sedang berlari pecut, berenang di kolam dan lompat tali. Ciri lain yang turut ada ialah pemantauan tekanan dan kitaran haid sepanjang hari dalam tempoh masa yang tepat dan nyata.
HUAWEI Watch GT 3 turut menyokong ciri kesihatan dan kecergasan yang diperibadikan, termasuk AI Running Coach dan Healthy Living Shamrock, yang berperanan umpama pembantu kesihatan dan kecergasan untuk pengguna kekal sihat dan aktif.
HUAWEI WATCH GT Runner
Bagi memenuhi permintaan untuk jam tangan pintar yang selesa, tepat dan panduan senaman saintifik, HUAWEI memperkenalkan model WATCH GT Runner.
Model jam tangan pintar ini dilengkapi dengan program larian saintifik di mana pengguna boleh menilai Indeks Keupayaan Larian dan Program Latihan Sains Berkala. Melalui ciri ini pengguna boleh menilai prestasi mereka dengan tepat dan memperbaikinya melalui program latihan yang dirangka sendiri dan mengambil masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat diri.
Seperti jam tanya pintar lain, WATCH GT Runner turut dapat mengesan degupan jantung, walaupun dalam situasi dan senario yang berbeza.
Pertama seumpamanya bagi jam tangan pintar, WATCH GT Runner menerima pakai reka bentuk yang mematenkan antena tersembunyi yang diperbuat daripada bahan gentian polimer untuk mengurangkan gangguan isyarat kedudukan yang disebabkan oleh logam.
Ia juga menyokong cip kedudukan lima sistem GNSS dwi-jalur untuk memberikan ketepatan kedudukan GPS yang sebenar.
Kalau korang nak tau juga kedua-dua model ini dikuasakan oleh HarmonyOS 2.1 yang mengekalkan reka bentuk bersepadu dengan produk HarmonyOS yang lain. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna menikmati ciri interaktif telefon pintar dengan HUAWEI Watch GT 3 dan Watch GT Runner mereka.
Model kali ini juga hadir dengan reka bentuk yang lebih bergaya, dinamik serta kepintaran yang dipertingkatkan TruSeenTM 5.0+.
Jadi pemilik jam tangan pintar HUAWEI hari ini!
Macam mana? Korang dah decide nak pilih yang mana? Pada kami kedua-dua model ini ada kelebihannya yang tersendiri, bagi HUAWEI WATCH GT 3 dengan 2 saiz (46mm dan 42mm) perbezaannya ialah saiz, paparan dan hayat bateri yang panjang.
Kalau korang jenis suka berlari atau marathon, HUAWEI Watch GT Runner patut jadi pilihan kerana ia padat dengan mod larian yang lebih profesional dan lebih sesuai untuk pelari.
Bermula hari ini sehingga 3 Disember korang dah boleh mula buat pra pesanan untuk HUAWEI Watch GT3 dari harga RM999. Bagi pra pesanan HUAWEI Watch GT3 46mm korang akan mendapat hadiah percuma bernilai RM379* manakala jika korang buat pra pesanan HUAWEI Watch GT 3 42mm korang akan dapat rebat segera bernilai RM200*.
Mana yang nak HUAWEI Watch GT Runner, pra tempah turut dibuka hari ini sehingga 12 Disember. Setiap pra tempah korang akan dapat hadiah percuma bernilai RM548* yang termasuk HUAWEI FreeBuds 3i dan HUAWEI Skala 3.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan HUAWEI Watch GT 3 42mm dan HUAWEI FreeBuds Lipstick sebagai satu pakej dan korang boleh nikmati rebat segera sebanyak RM300!
*Tertakluk pada terma dan syarat
Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Watch GT 3 dan Watch GT Runner, korang boleh layari laman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada sekarang juga!
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.