Connect with us

Oh! Media

Netflix House Bakal Dibuka Tahun 2025, Merupakan Restoran Dan Kedai Fizikal

netflix

Oh! Tech

Netflix House Bakal Dibuka Tahun 2025, Merupakan Restoran Dan Kedai Fizikal

Siapa di sini pengguna setia perkhidmatan penstriman Netflix? Ada berita baik untuk korang!

ADVERTISEMENT

Mungkin ada di antara korang tidak tahu Netflix sebelum menjadi platform penstriman video popular, mereka menawarkan langganan untuk filem dalam bentuk DVD.

Perkhidmatan ini masih diteruskan sehingga tahun ini dan baru sahaja ditamatkan baru-baru ini.

Baru-baru ini, Bloomberg telah menyatakan Netflix masih ingin menceburi perniagaan di kedai fizikal dengan bakal melancarkan Netflix House.

Netflix House merupakan restoran dan kedai menjual barangan Netflix mengikut tema-tema kandungan mereka sama seperti dalam Netflix.shop.

Menariknya, kedai ini turut akan menyertakan zon imersif untuk mengalami dunia siri TV atau filem Netflix yang sedang hangat, sebagai contoh acara Balik Terbalik untuk Stranger Things di Menara KL tahun lepas.

Difahamkan, Netflix House balal dibuka di Amerika Syarikat bermula tahun 2025 nanti.

Buat masa ini, tiada sebarang informasi jika Netflix akan membuka Netflix House di negara-negara lain termasuk Malaysia.

Kredit: Bloomberg

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • netflix
  • netflix

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas