Connect with us

Oh! Media

Lebih Berpatutan Lingkungan RM2K Dengan Ciri Setaraf PC, Ini Sebab Korang Patut Miliki HUAWEI MatePad 11

HUAWEI MatePad 11 2023

Branded

Lebih Berpatutan Lingkungan RM2K Dengan Ciri Setaraf PC, Ini Sebab Korang Patut Miliki HUAWEI MatePad 11

Tablet menjadi salah satu peranti wajib ada tak kira untuk mereka yang masih belajar mahupun bekerja. 

Maklumlah, dengan adanya tablet ni, semua kerja boleh disiapkan di mana saja pada bila-bila masa, betul tak? 

Namun, walaupun tablet ni dapat memudahkan kerja, masih ramai lagi yang beranggapan laptop lebih baik daripada tablet disebabkan spesifikasi tablet tak sama seperti laptop atau PC. 

Untuk membuka mata korang tentang kelebihan tablet, jom kami kongsikan 5 sebab kenapa  tablet HUAWEI MatePad 11 adalah pilihan yang terbaik abad ini!  

1. Kerja Lebih Mudah Untuk Disiapkan Tanpa Perlu Muat Turun Pelbagai Aplikasi

Kalau korang nak tahu, dengan HUAWEI MatePad 11 ni, korang tak perlu risau untuk menyiapkan sebarang kerja yang diberikan sebab ia mempunyai ciri SuperHub Smart Office. 

Dengan ciri ini, korang tak perlu muat turun pelbagai aplikasi untuk menyiapkan kerja sebab ia  menyediakan semua aplikasi dan alatan yang berkaitan serta membolehkan korang menguruskan kerja dan projek dengan lebih mudah. Wow, bagusnya! 

Bukan itu saja, tablet ini juga menyediakan HUAWEI Notes yang mana ia merupakan aplikasi yang memudahkan korang untuk membolehkan korang mencatat nota, membuat lakaran serta menggunakan PDF dengan lebih efisien. 

2. Rekaan Kamera HUAWEI MatePad 11 Tampil Minimalis & Estetika

Selain itu, kalau korang dapatkan tablet HUAWEI MatePad 11 ni, confirm ramai yang akan perhatikan korang lagi-lagi bila korang menggunakan kameranya! 

Untuk pengetahuan, HUAWEI MatePad 11 hadir dengan kamera Starlight Sand Design Cosmic Star Ring yang menampilkan rekaan estetika dan minimalis serta mempunyai resolusi kamera yang bagus iaitu 13MP untuk kamera belakang dan 8MP untuk kamera hadapan. 

3. Memiliki Ciri Yang Sama Seperti PC & Keyboard Detachable

Apa yang best dengan HUAWEI MatePad 11 ini adalah, ia hadir dengan ciri Office WPS PC-Level yang mana korang boleh menikmati kemudahan PC dengan hanya menggunakan mobiliti tablet tau. Wahh, macam ni baru lah onz nak buat kerja secara remote

Bukan itu saja, tablet ini turut hadir dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan(keyboard detachable) yang mana ia dapat memudahkan korang untuk menyiapkan kerja yang berkaitan dengan dokumen pada bila-bila masa saja. 

4. Visual Yang Lebih Jelas & Pengalaman Menulis Yang Lebih Smooth

Antara sebab kenapa orang lebih prefer guna laptop atau PC untuk menyiapkan kerja adalah disebabkan visual yang lebih jelas berbanding tablet.

Tapi, dengan HUAWEI MatePad 11, korang tak perlu risau sebab ia hadir dengan ciri 120Hz 2.5 HUAWEI FullView Display yang mana ia mampu memberikan visual yang lebih vibrant dan jelas, sesuai untuk menonton filem, bermain permainan video atau buat editing. Bestnya!

Bukan itu saja, ia turut hadir dengan HUAWEI M-Pencil 2nd Generation yang mana ia dapat memberikan pengalaman input tulisan tangan yang lebih responsif dan smooth, hasil daripada ciri 120Hz 2.5 serta kependaman serendah 2ms saja tau!Wow, ini baru betul berbaloi!

Dengan tablet ini, korang bukan saja dapat melukis pelbagai lakaran mengikut kreativiti, malah korang juga boleh menyiapkan kerja dengan lebih efisien!

5. Pelbagai Aplikasi Disediakan Di AppGallery

Kalau sebelum ni korang menghadapi masalah kapasiti berat daripada aplikasi yang banyak, kini dengan HUAWEI MatePad 11, korang boleh jimat lebih banyak ruang dengan AppGallery!

Menerusi ciri ini, korang masih lagi boleh menggunakan Google Apps dengan muat turun Lighthouse daripada AppGallery, dan korang dapat log masuk ke akaun Google yang lain seperti Youtube, Google Meet, Google Document, Google Classroom dan banyak lagi.

Lebih Produktif, HUAWEI MatePad 11 Adalah Pilihan Terbaik!

Haa, sekarang korang dah tau kan semua ciri-ciri yang ada pada HUAWEI MatePad 11 ni? 

Dengan pilihan warna hitam, biru, putih dan ungu, korang boleh dapatkan tablet ini pada harga RM1,799 saja tau! Wow, serius berpatutan!

Jadi, kalau korang berminat untuk dapatkan HUAWEI MatePad 11, apa kata korang pra-tempah sekarang di laman web rasmi HUAWEI, Shopee atau Lazada. 

Dengan pra-tempah ni, korang 9boleh menikmati hadiah PERCUMA bernilai lebih RM800 termasuk HUAWEI M-Pencil, Akses VIP WeTV selama 3 bulan, baucar BAIJA dan baucar dalam talian bernilai RM299 untuk dapatkan detachable keyboard untuk MatePad 11. 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada atau ikuti media sosial di Facebook atau Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas