Connect with us

Oh! Media

iPhone SE 3 Dijangka Dijual Pada Harga RM1.3k, Masih Ada Home Button?

Oh! Tech

iPhone SE 3 Dijangka Dijual Pada Harga RM1.3k, Masih Ada Home Button?

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Apple akan melancarkan produk baru yang dijangka adalah iPhone SE 3 dan iPad Air baru pada 8 Mac ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Apple Bakal Lancar iPhone SE 2022 Dengan Harga Bawah RM1.3k Je?

Menurut laporan Fuzz.my, ianya menguatkan lagi kenyataan tersebut apabila pakar maklumat tiris, Ming Chi Kuo juga mengumumkan perkara yang sama.

iPhone SE terbaru ini dikatakan akan menggunakan nama iPhone SE+ 5G dan bukannya iPhone SE 2022 ataupun iPhone SE 3 yang dikatakan sebelum ini. 

Menurutnya lagi, ia didatangkan dengan rupabentuk yang sama dengan iPhone SE sebelum ini yang mempunyai ‘Home Button’. 

Terdapat 3 pilihan storan dalaman yang ditawarkan iaitu 64GB, 128GB dan 256GB yang juga hadir dengan tiga pilihan warna iaitu White, Black dan Red.

Terdapat juga laporan dari penganalisis, Jon Donovan yang mengatakan bahawa iPhone SE 2022 ini dijangka akan dijual pada harga sekitar RM1.3k. Biar betul? 

Wah! Apa pandangan korang? Apapun, sama-samalah kita nantikan apa agaknya yang menarik dibawakan Apple pada produk baru mereka ni nanti ya.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas