Connect with us

Oh! Media

Apple Bakal Lancar iPhone SE 2022 Dengan Harga Bawah RM1.3k Je?

Oh! Tech

Apple Bakal Lancar iPhone SE 2022 Dengan Harga Bawah RM1.3k Je?

Rasanya semua tahu yang setiap keluaran model iPhone SE ini bukan sahaja hadir dengan spesifikasi terkini, ia juga antara model mampu milik dari Apple yang korang boleh dapatkan di pasaran.

ADVERTISEMENT

BACA : iPhone SE 3 Mungkin Lancar Tak Lama Lagi, Hadir Dengan Cip A15 Bionic Dan Mampu Milik?

Menurut laporan Fuzz.my, Apple dijangka akan melancarkan model iPhone SE 2022 pada 8 Mac ini bersama iPar Air terbaru. 

Untuk spesifikasi, ianya mungkin hadir dengan teknologi 5G paling termurah dari Apple yang didatangkan bersama cip pemprosesan A15 Bionic. Menariknya, iPhone SE 2022 ini dijangka akan dijual pada harga sekitar RM1,260 dan ianya dikatakan sendiri penganalisis, Jon Donovan. Biar betul? 

Apa pandangan korang? Apapun, kita tunggu sehingga ianya disahkan sendiri Apple nanti untuk mengetahui maklumat yang lebih tepat.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas