Korang tahu tak ada satu ‘barang panas’ yang hangat diperkatakan ketika ini, sampaikan ikon Malaysia seperti blogger Daphne Charice, pelakon Liyana Jasmay dan jaguh badminton negara, Goh Liu Ying pun teruja. Mereka cukup kagum gila dengan kemajuan terkini HUAWEI yang baru jer melancarkan headphone over-ear tanpa wayar pertama di dunia, HUAWEI FreeBuds Studio.
Bagi mereka, HUAWEI FreeBuds Studio ini akan membuatkan kerja menjadi mudah tanpa ada halangan tak kisahlah ketika waktu bersukan, waktu bersama keluarga ataupun ‘me-time’.
Kenapa mereka kagum sangat dengan HUAWEI FreeBuds Studio? Ini antara jawapannya.
Kualiti muzik terbaik tanpa wayar Bagi korang yang suka dengarkan muzik, mesti akan puas hati gila bila dengar pengalaman audio pada HUAWEI FreeBuds Studio ini. Bukan setakat tanpa wayar, kualiti bunyi dia pun memang terbaik sebab ia menggunakan komponen akustik profesional yang menyokong tindak balas frekuensi ultra tinggi 4Hz – 48kzHz yang telah di tuned oleh pakar audio. Dengan adanya pengalaman Hi-Fi, korang akan menjiwai lagu yang didengar dengan kepuasan maksimum.
Menjiwai apa yang nak didengar tanpa gangguan
HUAWEI Freebuds Studio ini juga merupakan headphone pertama yang ada teknologi dynamic active noise cancellation. Dengan sistem ini, bunyi persekitaran luar yang bising tu memang tak akan dengar langsung sebab HUAWEI FreeBuds Studio ini mengintegrasikan beberapa inovasi audio. Memang layan gila kalau pakai HUAWEI FreeBuds Studio ini masa nak hilangkan bosan ketika berada di kawasan yang bising.
Sentiasa berhubung tanpa halangan
Kedua-dua belah HUAWEI FreeBuds Studio dilengkapi dengan dua antena Bluetooth yang akan mengesan signal secara 360 darjah. Apa fungsinya tu? Ia bagi memastikan isyarat bunyi yang terhasil dari telefon pintar korang tu diterima dengan baik tanpa ada halangan walaupun telefon korang berada dalam beg tangan atau di dalam poket seluar.
Itu baru sikit! Kalau korang duduk dekat dengan kawasan yang ada banyak gangguan signal seperti lapangan terbang pun tak jadi masalah gais! Nak buat panggilan atau dengar lagu pun senang jer dengan antena yang tersedia.
Tak cukup lagi! Kalau korang nak tahu, HUAWEI FreeBuds Studio ini menyokong 4-channel, dual-mode dan dual-connection. Apa yang bestnya? Korang boleh sambungkan dua device dengan serentak gais.
Mudah gila untuk korang yang pakai dua telefon, bila tengah main game dekat telefon pertama dan tiba-tiba ada orang call dekat telefon kedua tu, dia akan sambungkan secara automatik ke telefon kedua untuk korang jawab panggilan. Bila korang tengah buat panggilan pada telefon pertama dan telefon kedua pun ada orang menelefon, HUAWEI FreeBuds Studio ini akan berikan amaran. Pergh! Memang terbaik.
Cas sekejap, bateri tahan sehari
Lama ke HUAWEI FreeBuds Studio ni bertahan sebab mesti korang akan kerap menggunakannya nanti kan? Tak perlu risau! Dengan SuperCharge yang tersedia, HUAWEI FreeBuds Studio ni mampu bertahan sehingga 24 jam penggunaan hanya dengan 1 jam cas jer gais. Kalau nak cepat sangat, cas jer 10 minit, dah boleh guna 5 jam bila korang aktifkan noise cancelling. Pergh! Memang senang dan jimat masa.
Bergaya dengan teknologi canggih
HUAWEI FreeBuds Studio ini direka berinspirasikan gramophone namun masih mengekalkan konsep minimalist dalam rekaannya. Shell luaran diperincikan dengan warna matte metallic untuk look trendy.
Bagi memberi keselesaan kepada pemakai, HUAWEI FreeBuds Studio ini juga dilengkapi ciri kusyen ergonomik. Ciri ini bukan sahaja untuk keselesaan ketika penggunaan, malahan memberi kesesuaian kepada pelbagai bentuk kepala yang akan menggunakan peranti ini dalam jangka masa lama.
Pelbagai peranti pintar gaya hidup harian dengan HUAWEI
Bagi sesiapa yang terlepas pandang, HUAWEI juga telah melancarkan peranti untuk gaya hidup harian kita semua seperti HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II, FreeBuds Pro, FreeLace Pro dan FreeBuds 3i untuk korang gunakan kehidupan pintar AI dalam gaya hidup harian korang setiap masa.
Ekosistem terbaik dengan HUAWEI Dengan strategi 1 + 8 + N, HUAWEI berusaha untuk menghubungkan pelbagai peranti melalui teknologi telefon pintar termasuklah HUAWEI FreeBuds Studio ini. Setiap bahagian ekosistem memainkan peranan yang penting yang tidak terganti untuk melancarkan ekosistem pintar yang terbaik.
Contohnya, korang boleh layan pengalaman audio yang baik dengan HUAWEI FreeBuds Studio ini sambil kekal produktif dan bebas bunyi persekitaran dengan menggunakan HUAWEI MateBook 14 terbaru nanti. Terbaiklah HUAWEI!
Dapatkan headphone tercanggih abad ini sekarang!
Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan HUAWEI FreeBuds Studio ini bermula 30 Oktober ini pada harga RM1,199. Bukan tu jer, korang juga boleh dapatkan laptop, HUAWEI MateBook 14 dan telefon pintar, HUAWEI Y7a terbaru mereka pada hari yang sama di semua store ataupun secara online DI SINI.