Connect with us

Oh! Media

Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa Bocor

Ohmedia data peribadi bocor

Oh! Tech

Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa Bocor

Tular laman web Caghi didakwa jual data peribadi rakyat Malaysia hanya guna nombor IC.

Sejak semalam, kecoh di media sosial bila muncul dakwaan laman web bernama Caghi.com yang dikatakan menjual data peribadi rakyat Malaysia. Lagi mengejutkan, data tersebut boleh dicari hanya dengan masukkan nombor kad pengenalan individu.

Menurut beberapa pengguna, laman web itu didakwa memaparkan maklumat penuh seperti nama, alamat, nombor telefon, maklumat bank, malah ada juga wajah pemilik. Benda ni memang buat ramai panik sebab data sensitif macam ni sepatutnya dilindungi dengan ketat.

Rakyat Malaysia kongsi pengalaman kena scam…

Data Peribadi

Seorang pengguna mendakwa dia pernah dapat panggilan telefon kononnya dari pihak Shopee yang nak bagi hadiah percuma. Individu berkenaan boleh sebut username Shopee dan alamat rumah dengan tepat. Tapi bila dia semak dengan pihak Shopee, rupanya tak ada pun event macam tu.

IKLAN

Ada juga netizen lain yang mendakwa data dalam laman web tu kononnya datang daripada beberapa agensi kerajaan dan syarikat besar seperti JPN, MySPR, telco, Astro dan macam-macam lagi. Malah, ada yang kata sampai rekod pembelian di Shopee pun boleh keluar.

Korang tau tak? Maklumat data kita dijual dalam website? Masuk no IC, semua detail keluar dan boleh dibeli. Website Caghi.com. Sumpah dah tak selamat.– Dakwa netizen.

Data lama atau baru?

Bagaimanapun, ada juga yang percaya maklumat dalam laman web tu sebenarnya adalah data lama. Kononnya ia hasil kebocoran pada tahun 2022 yang sudah pun dinafikan oleh JPN sebelum ini. Malah ada kemungkinan data itu dikumpul daripada maklumat sedia ada yang boleh dicapai secara terbuka seperti info pilihan raya (SPR).

Apa pun, isu ini tetap menimbulkan kebimbangan besar sebab ia melibatkan keselamatan privasi rakyat.

Pssttt! Benda macam ni memang bahaya, korang. Data peribadi bukan setakat nombor IC semata-mata, tapi boleh disalah guna untuk buat pinjaman, scam atau jenayah lain. Jadi, Ohmedia nasihatkan korang supaya sentiasa berwaspada kalau terima call mencurigakan. Paling penting, pihak berwajib kena siasat segera dan pastikan keselamatan data rakyat lebih terjamin.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas