Connect with us

Oh! Media

ASUS Keluarkan Kenyataan Rasmi Tidak Akan Hentikan Pengeluaran Telefon Zenfone

asus

Oh! Tech

ASUS Keluarkan Kenyataan Rasmi Tidak Akan Hentikan Pengeluaran Telefon Zenfone

Sebelum ini, berita mengenai ASUS berkemungkinan bakal menghentikan pengeluaran telefon siri Zenfone mereka tahun ini telah hangat diperbincangkan pada minggu lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: ASUS Umum Bakal Menghentikan Pengeluaran Telefon Zenfone

asus

Berita ini dipercayai terjadi kerana ASUS sedang dalam proses penstrukturan semula syarikat sekaligus Zenfone 10 dikatakan boleh menjadi model terakhir yang dilancarkan.

Namun, ASUS tampil menepis dakwaan tersebut menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik hari ini.

asus

Menurut ASUS, berita yang tular sebelum ini adalah tidak sahih dan syarikat peranti ini tetap akan meneruskan pengeluaran dua barisan produk utamanya, iaitu ROG Phone dan Zenfone seperti biasa.

Dalam pada itu, ASUS turut menyatakan pendirian tegas bahawa mereka mempunyai komitmen yang kuat terhadap perniagaan telefon pintar dan pelanggan mereka.

Tambahan, ASUS berharap dapat meneruskan legasi siri tersebut dengan teknologi lebih mengagumkan, termasuklah perkakasan dalam lebih baik.

Kredit: Asus Global

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Macam gitu je orang hacked sampai dah jadi fitnah dekat empunya akaun #hackers#sosialmedia#keluarga #scammer#sembang#ohviral#ohtrending

♬ C.i.n.t.a (Cover) – Adista aulia

  • asus
  • asus

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas