Connect with us

Oh! Media

ASUS Umum Bakal Menghentikan Pengeluaran Telefon Zenfone

Ohmedia asus

Oh! Geekz

ASUS Umum Bakal Menghentikan Pengeluaran Telefon Zenfone

ASUS berkemungkinan bakal menghentikan pengeluaran telefon siri Zenfone mereka tahun ini di bawah program penstrukturan semula syarikat yang sedang dilakukan sekarang.

Malah, telefon pintar Zenfone 10 akan menjadi yang terakhir dilancarkan. Bukan itu sahaja, selepas ini hanya siri telefon ROG Phone sahaja akan diteruskan oleh ASUS.

Tambahan, hanya ASUS satu-satunya pengeluar yang masih menawarkan telefon gaming selepas siri Lenovo Legion dan Black Shark telah dihentikan oleh pengeluar mereka.

IKLAN

Asus

Pada Julai yang lalu, ASUS telah memulakan langkah pengurangan tenaga kerja bahagian PC dengan terdapat kakitangan yang dipindahkan ke bahagian telefon pintar.

Sekiranya laporan ini benar, bahagian telefon pintar pula akan menjalani proses pengurangan tenaga kerja dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Siri Zenfone merupakan antara siri yang cukup diminati di Malaysia kerana ciri menarik pada perisian serta rekaan yang unik seperti Zenfone Zoom dengan sistem zum yang tinggi.

BACA: Asus ROG Phone 5s Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM2,999

Terdahulu, Asus telah memperkenalkan telefon pintar gaming terbaru mereka yang dikemaskini iaitu Asus ROG Phone 5s.

Kredit: Technews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Asus zenfone 10 a editedpng
  • Ohmedia asus
  • Asus zenfone 10 a editedpng
  • Ohmedia asus

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas