Connect with us

Oh! Media

Apple Umum AirPods 3 Yang Mampu Bertahan Sehingga 6 Jam Penggunaan

Airpods 3

Oh! Tech

Apple Umum AirPods 3 Yang Mampu Bertahan Sehingga 6 Jam Penggunaan

Sebentar tadi kami melaporakan yang Apple melancarkan Macbook Pro terbaru mereka yang didatang dengan cip pemprosesan terbaru iaitu M1 Pro dan M1 Max. Antara produk yang diumumkan Apple pada acara Apple Event pagi tadi juga adalah Airpods 3. 

ADVERTISEMENT

BACA : Macbook Pro Baru Lancar Dengan Bezel Nipis Dan Paparan Promotion 120Hz

Untuk Airpod terbaru ini, ia didatangkan dengan reka bentuk yang berasaskan Airpods Pro dengan sokongan Spatial Audio, Adaptive EQ dan juga Audio Dolby Atmos. Pergh! Memang terbaik.

Terdapat kelainan sedikit pada batang Airpod terbaru ini yang dilihat lebih pendek. Bukan tu jer, ia juga bukan seperti Airpods Pro yang menyokong silikon tips dan bukan jenis In Ear.

Untuk model kalini, ia dikuasakan dengan cip H1 yang dikatakan lebih berkualiti daripada model sebelum ini. Menariknya, ia juga menyokong mikrofon kualiti audio definisi tinggi dan codes AAC-ELD.

Ketahan bateri AirPods 3 ini dikatakan sehingga 6 jam penggunaan bisa dan 5 jam bagi Spatial Audio. Sekiranya berminat, ianya akan dijual pada harga sekitar RM829 di Malaysia tak lama lagi.

Kredit: Apple

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas