Connect with us

Oh! Media

Macbook Pro Baru Lancar Dengan Bezel Nipis Dan Paparan Promotion 120Hz

Macbook Pro

Oh! Tech

Macbook Pro Baru Lancar Dengan Bezel Nipis Dan Paparan Promotion 120Hz

Apple melancarkan beberapa produk baharu mereka pada acara Apple Event termasuklah Macbook Pro terbaru mereka yang dikuasakan dengan cip pemprosesan terbaru iaitu M1 Pro dan M1 Max.

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Alasan Mengapa Apple Terpaksa Kurangkan Pengeluaran iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

Rekabentuk Macbook terbaru ini sangatlah berbeza dengan model sebelum ini. Ia didatangkan dengan paparan Liquid Retina XDR dengan teknologi mini LED yang menyokong kecerahan 1000nits sehingga 1600nits dan tidak ketinggalan sokongan ProMotion 120Hz.

Bukan tu jer, bezel yang nipis membuatkan skrin Macbook Pro ini menjadi luas dengan rekaan skrin bertakuk dengan kamera beresolusi 1080p.

Bateri pada Macbook Pro ini dikatakan tahan lebih lama yang hadir dengan storan dalaman sehingga 8TB dan RAM sehingga 64GB. Menariknya, ia menyokong pengecasan MagSafe dan pelbagai sambungan port Thunderbolt 4, HDMI, 3.5mm bicu audio, pembaca kad SDXC. Pergh! Memang terbaik.

Bagi sesiapa yang berminat, Macbook Pro berskrin 14 inchi ini dijual bermula harga RM8,799 manakala untuk skrin 16 inchi pula dijual bermula RM10,799. 

Kredit: Apple

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas