Connect with us

Oh! Media

“Warga Asing Turut Nikmati Subsidi Ayam” – Perdana Menteri

Oh! Negara

“Warga Asing Turut Nikmati Subsidi Ayam” – Perdana Menteri

Seperti yang kita tahu, kabinet telah memutuskan untuk tidak lagi mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi.

ADVERTISEMENT

BACA: Mulai 1 Julai, Subsidi Minyak Dan Harga Siling Ayam, Telur ‘Dimansuhkan’

Memetik laporan Malaysia Kini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat adalah bertujuan membolehkannya disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Bukan itu sahaja, beliau turut menambah bahawa subsidi harga ayam yang diberikan kerajaan ketika ini turut dikongsi dan dinikmati oleh warga asing.

Secara tidak langsung, subsidi harga ayam yang sepatutnya hanya dinikmati warganegara Malaysia turut dinikmati oleh warga asing yang bekerja di negara ini.

Kalau kita bagi subsidi ayam, bukan rakyat Malaysia saja untung. Pekerja asing juga dapat, Rohingya pun beli ayam subsidi.

Sebab itu kita bagi duit BKM, kita tak nak bagi warga asing dapat faedah subsidi.

Kita ambil sikit (kurangkan) bagi terus pada rakyat (melalui BKM), dulu (subsidi) RM1.40 sen kini RM1.20 sen.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa dengan pengurangan subsidi itu, wang yang dijimatkan itu boleh digunakan kerajaan untuk menambah jumlah BKM kepada rakyat.

Katanya lagi, sebanyak RM2,600 setahun jumlah BKM diberikan kerajaan pimpinannya kepada kumpulan sasar dan jumlah BKM itu mungkin akan ditambah sekiranya isu peningkatan harga barangan terus berlanjutan.

Kredit: malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas