Connect with us

Oh! Media

Timbalan Pendakwa Raya Tunjuk Bukti Ahmad Zahid Bantu Anak Beli Hotel Di Bali RM17.9 Juta

zahid hamidi

Oh! Negara

Timbalan Pendakwa Raya Tunjuk Bukti Ahmad Zahid Bantu Anak Beli Hotel Di Bali RM17.9 Juta

Sebelum ini Mahkamah Tinggi dimaklumkan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri telah menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar kad kredit.

ADVERTISEMENT

Kad kredit yang digunakan untuk membeli-belah selama 2 tahun itu adalah bernilai RM1.3 juta. Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran.

BACA: Mahkamah Tinggi Dimaklumkan Ahmad Zahid Dan Isteri Guna Dana Yayasan Akalbudi Bayar Kad Kredit RM1.3 Juta

Hari ini prosiding bersambung semula dan lebih banyak perbelanjaan Zahid Hamidi didedahkan. Apa yang menarik perhatia hari ini adalah, Zahid Hamidi dimaklumkan telah mengeluarkan sejumlah RM17.9 juta dari dana Yayasan Akalbudi.

RM17.9 juta ini dikeluarkan untuk memudahkan urusan anak perempuannya membeli sebuah hotel butik di Bali, Indonesia.

Pembeli yang berminat ialah Nurulhidayah dan ini disahkan oleh Tan Sri Rashid Manaf (saksi pendakwaan ke-83) serta Datuk Seri Mohd Shaheen Shah Mohd Sidek (saksi pendakwaan ke-84) yang telah bertemu dengan Nurulhidayah dan tertuduh bagi membincangkan cadangan usaha sama.

Menurut B. Muralidharan (saksi pendakwaan ke-87), beliau telah diarahkan oleh tertuduh untuk membuat pembayaran itu bagi tujuan membeli 60 peratus saham syarikat tersebut daripada Tan Sri Rashid yang ketika itu adalah Pengerusi Ri-Yaz Asset.

Sebelum ini, Tan Sri Rashid memberitahu mahkamah bahawa beliau berhasrat menjual sahamnya kerana syarikat itu berdepan kesukaran dari segi pembayaran bagi pinjaman sebanyak US$24.8 juta daripada EXIM Bank untuk pembelian hotel tersebut di Bali, Indonesia. – Maklum Raja Rozela.

Untuk pengetahuan, Zahid Hamidi sedang dalam proses penghujahan akhir untuk kes pendakwaan ke atasnya. Beliau berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi ini.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas