Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Tinggi Dimaklumkan Ahmad Zahid Dan Isteri Guna Dana Yayasan Akalbudi Bayar Kad Kredit RM1.3 Juta

zahid hamidi

Oh! Negara

Mahkamah Tinggi Dimaklumkan Ahmad Zahid Dan Isteri Guna Dana Yayasan Akalbudi Bayar Kad Kredit RM1.3 Juta

Hari ini (13 Oktober 2021) telah berlangsung prosiding hujahan akhir untuk kes pendakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Antara yang menarik perhatian ramai adalah apabila Mahkamah Tinggi dimaklumkan Ahmad Zahid telah menggunakan dana Yayasan Akalbudi bagi membayar bil kad kreditnya.

ADVERTISEMENT

Ia lebih mengejutkan apabila jumlah bayaran bil itu adalah sebanyak RM1.3 juta yang dibelanjakan untuk membeli-belah di gedung mewah. Antara tempat membeli-belah yang dimaklumkan adalah Giorgio Armani, Louis Vuitton dan Hermes.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran turut menyebut nama isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis. Ini kerana mereka bersama-sama membelanjakan wang RM1.3 juta itu dalam masa dua tahun.

Fikirkan golongan miskin di Malaysia

Walaupun diakui, tabiat berbelanja tertuduh dan isterinya mungkin tidak menjadi masalah dalam kes ini, seseorang akan tertanya-tanya. Sama ada mereka memikirkan golongan miskin di Malaysia ketika membeli-belah seperti di Giorgio Armani, Louis Vuitton atau Hermes. – Kata Raja Rozela.

Berdasarkan Raja Rozela, saksi pendakwaan ke-10 iaitu Yeoh Eng Leong yang juga naib presiden kanan AmBank telah mengesahkan perkara ini. Berdasarkan rekod, dari Januari hingga Disember 2014 sebanyak RM534,412. Bulan Januari hingga Disember 2015 pula sebanyak RM708,134.47 dan bagi Januari 2016 pula sebanyak RM54,168.99.

Saksi pendakwaan kesembilan, Anoop Singh Gulzara Singh yang juga Naib Presiden Mayabank turut mengesahkan jumlah baki lain.

Selain berbelanja, Ahmad Zahid juga menggunakan wang dana Yayasan Akalbudi untuk membayar cukai jalan dan insurans 20 kenderaan miliknya dan 3 milik isterinya.

Perbicaraan kes ini akan bersambung pada hari esok (14 Oktober 2021).

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas