Connect with us

Oh! Media

Teruk Difitnah! Azam Baki Fail Saman RM10 Juta Terhadap Penyebar Dakwaan Palsu

azam baki

Oh! Negara

Teruk Difitnah! Azam Baki Fail Saman RM10 Juta Terhadap Penyebar Dakwaan Palsu

Isu mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki nampaknya semakin serius apaSbila beliau telah memfailkan saman fitnah bernilai RM10 juta. Saman ini ditujukan kepada seorang aktivis wanita yang dikenali sebagai Lalitha Kunaratnam.

ADVERTISEMENT

Pemfailan saman RM10 juta ini dilakukan kerana surat tuntutan yang dikeluarkan pihak Azam baki tidak mendapat sebarang maklum balas. Perkara ini disahkan oleh peguam Azam Baki iaitu Megat Abdul Munir.

Lalitha akui akan terus sebarkan dakwaan fitnah

Sebaliknya, beliau melalui peguamnya mengeluarkan kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Twitter. Beliau mendakwa akan meneruskan penerbitan dan ulang terbit kandungan yang klien kami anggap sebagai fitnah.

Oleh itu, klien kami mengambil keputusan memfailkan saman ini sebelum tamat tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan tersebut bagi melindungi nama baik, reputasi dan kedudukan profesionalnya.

Sebelum ini Lalitha menyebarkan beberapa maklumat mendakwa Azam Baki memiliki kepentingan dalam pemilikan saham beberapa syarikat.

Azam Baki telah menjelaskan perkara berkenaan dan menafikan saham itu miliknya. Ini kerana saham itu milik adiknya yang dibeli menggunakan akaunnya pada tahun 2015. Tindakan seterusnya akan diambil Azam Baki.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas