Connect with us

Oh! Media

Terkini! Semua ADUN Bersatu Sabah Tinggalkan Bersatu

Oh! Negara

Terkini! Semua ADUN Bersatu Sabah Tinggalkan Bersatu

Satu keputusan yang mengejutkan dibuat kesemua ahli serta ADUN Bersatu Sabah selepas mereka memutuskan untuk meninggalkan parti Bersatu.

ADVERTISEMENT

BACA: Selepas BN Dan GPS, Kini GRS Pula Umum Sertai Kerajaan Perpaduan

Memetik laporan FreeMalaysiaToday, perkara itu disahkan sendiri Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor yang menyatakan bahawa keputusan dibuat adalah atas dasar status quo tidak lagi boleh dipertahankan selepas sokongan yang dinyatakan GRS terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan negeri ditunjangi oleh GRS dan Barisan Nasional (GRS-BN) juga telah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan diterajui Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.

Hajiji turut menyatakan bahawa beliau dan kepimpinan Sabah masih lagi menjadi ahli GRS sementara mereka menubuhkan sebuah parti tempatan yang baru.

Tambah Hajiji lagi, kepimpinan Bersatu membuat keputusan ini setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Dengan keputusan ini, kami akan menggunakan GRS untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri-negeri Borneo di Malaysia. Kami yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah.

Sabah mahukan kestabilan politik dan perpaduan. Kami mahu memastikan momentum dalam pertumbuhan dan pembangunan untuk melihat Sabah makmur sejajar dengan mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya lalu.

Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin atas kepimpinan beliau sepanjang tempoh kami sebagai ahli Bersatu.

Untuk info, tindakan keluar Bersatu Sabah ini sama sekali tidak mencetuskan implikasi undang-undang anti-lompat parti memandangkan calon yang meraih kemenangan bertanding di bawah GRS.

Kredit: FreeMalaysiaToday

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas