Connect with us

Oh! Media

Selepas BN Dan GPS, Kini GRS Pula Umum Sertai Kerajaan Perpaduan

Oh! Negara

Selepas BN Dan GPS, Kini GRS Pula Umum Sertai Kerajaan Perpaduan

Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor mengesahkan bahawa parti pimpinannya sudah pun membuat keputusan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

BACA: “MKT UMNO Sebulat Suara Sokong Titah YDPA Bentuk Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui PN” – Ahmad Maslan

Memetik laporan Kosmo, Hajiji memaklumkan bahawa keputusan dibuatnya itu adalah semata-mata demi kebaikan negeri di bawah bayu itu.

Beliau juga sudah menyampaikan hasrat itu kepada Anwar sekitar malam tadi sekali gus mengesahkan sokongan Sabah terhadap beliau selaku Perdana Menteri ke-10.

Saya sudah sampaikan hasrat kerajaan negeri di bawah pimpinan saya iaitu GRS kepada Anwar malam tadi.

Demi kebaikan negeri Sabah, kestabilan politik dan sebagainya maka kita sudah memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan beliau.

Tambah Hajiji lagi, keputusan tersebut adalah untuk memudahkan segala semua perancangan membabitkan kepentingan rakyat dan negeri serta mahu memastikan segala agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat direalisasikan sebagai keutamaan demi rakyat Sabah.

Kita ada tiga tahun lagi untuk memerintah Sabah. Oleh itu, kita tidak mahu terlalu berpolitik dan terdapat pelbagai gangguan kerana paling penting bagi kita ialah kepentingan rakyat dan negeri.

Dalam pada itu, Hajiji turut menegaskan bahawa kerjasama yang dibuat dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah sama sekali tidak menjejaskan hubungan GRS dengan Barisan Nasional (BN) Sabah.

Baguslah macam tu, tak guna nak panjangkan lagi isu ini. Buat keputusan yang boleh mendatangkan kebaikan buat semua rakyat yang berbilang kaum di Malaysia ni.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas