Connect with us

Oh! Media

“Tak Mungkin Saya Seleweng RM600 Bilion” – Didakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Muhyiddin Tak Takut Disiasat

Oh! Negara

“Tak Mungkin Saya Seleweng RM600 Bilion” – Didakwa Salah Guna Dana Kerajaan, Muhyiddin Tak Takut Disiasat

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekeras-kerasnya menafikan bahawa beliau menyeleweng dana kerajaan sebanyak RM600 bilion.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ini Dah Melampau!” – Eizlan Yusof Dedah Orang Kuat Finas Seleweng Peruntukan RM40k

Menerusi satu hantaran dimuat naik di Facebook, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tampil memberikan responnya terhadap laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Hulu Langat daripada parti Pakatan Harapan (PH) ke atasnya.

Ahli Parlimen Hulu Langat daripada parti Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap saya kononnya saya telah menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.

Muhyiddin menjelaskan bahawa tidak pasti dari mana angka tersebut dipetik namun mengagak bahawa ia merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion yang dilaksanakan semasa menjadi Perdana Menteri.

Saya tidak pasti dari mana angka ini dipetik. Saya agak ia merujuk kepada 8 Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion yang saya laksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas semasa tempoh pandemik.

Tak mungkin saya seleweng wang ini kerana ia adalah wang individu atau bank yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Saya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu tidak ada apa-apa kuasa ke atas penggunaan wang ini.

Muhyiddin turut menambah bahawa sekiranya ia benar berlaku, sudah tentu perkara ini akan diketahui melalui penemuan audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara (JAN) setiap tahun.

Malah Bank Negara Malaysia (BNM) tentunya telah mendapat notifikasi tentang pergerakan jumlah wang yang besar masuk ke akaun saya dan siasatan telah dimulakan sejak lebih setahun yang lalu.

Tetapi tidak ada apa-apa pun.

Muhyiddin juga berpesan kepada ahli-ahli politik PH dan UMNO untuk tidak menuding jari kepada orang lain dengan menuduh yang bukan-bukan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan yang baharu berusia beberapa hari ini.

Kredit: Facebook Muhyiddin Yassin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas