Connect with us

Oh! Media

“Ini Dah Melampau!” – Eizlan Yusof Dedah Orang Kuat Finas Seleweng Peruntukan RM40k

untitled design   1

Oh! Artis

“Ini Dah Melampau!” – Eizlan Yusof Dedah Orang Kuat Finas Seleweng Peruntukan RM40k

Pelakon dan juga bekas Ahli Perbadanan Finas, Datuk Seri Eizlan Yusof bengang dan mendedahkan ada salah seorang daripada ‘orang kuat Finas’ telah seleweng duit peruntukan. Biar betul?

Menerusi satu perkongsian dari Boom Malaysia, terdapat satu video yang menunjukkan Eizlan mempersoalkan projek Pameran Hantu Filem anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) bersama penganjuran Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM 32) baru-baru ini yang menelan belanja sehingga RM40,000.

Bukan ke ini conflict of interest? Rasanya pihak pengurusan tertinggi Finas kena bersuara untuk member kesahihan tentang isu ini sama ada betul atau tidak perkara ini berlaku.

Sudahlah ambil RM40,000, lepas tu projek gagal. Melibatkan Ahli Perbadanan, orang kuat dalam persatuan, kalau betul, ini memang dah melampau!

Memetik kapsyen, Eizlan juga menyarankan agar Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil campur tangan perihal industri seni kreatif, sekali gus bertanyakan pihak yang telah diberikan amanah tersebut.

IKLAN

Pelakon itu juga meminta supaya hal ini diambil perhatian Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil.

Bukan tu jer, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Dr Ahmad Idham juga membangkitkan hal sama dan meminta Pengerusi Finas, Datuk Seri Zurainah Musa member penjelasan sewajarnya.

Saya mendapat maklumat ada Ahli Perbadanan menggunakan kedudukan untuk kepentingan persatuannya.

Mohon jasa baik pengerusi Finas untuk jelaskan kepada warga industri bagaimana Ali Perbadanan boleh mendapat kontrak sebanyak RM40,000 untuk persatuannya.

Bahkan difahamkan projek itu gagal dan telah dirobohkan di tapak FFM 32

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas