Connect with us

Oh! Media

SOP Larangan Fizikal Semasa PRN Melaka Cetus Pertikaian Orang Politik

Oh! Negara

SOP Larangan Fizikal Semasa PRN Melaka Cetus Pertikaian Orang Politik

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat ketetapan baharu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: PRN Melaka Sah Diadakan Pada 20 November Ini

Hal itu termasuklah Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti larangan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya yang bermula 25 November hingga 27 November ini.

Perkara itu diambil sebagai langkah keselamatan dan kesihatan pengundi yang merupakan aspek utama perlu dititiberatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa proses penamaan calon pada 8 November sehinggalah kemuncak pengundian pada 20 November ini.

Pembangkang persoal larangan fizikal PRN Melaka

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baharu) yang mempersoalkan ketetapan itu.

Menurutnya semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini, Melaka telah pun beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PRN), namun pilihan raya di negeri itu terpaksa menurut SOP yang berbeza.

Pasar dibuka, sekolah dibuka, aktiviti keagamaan dan sukan dibenarkan, rentas negeri dibenarkan dan sebagainya.

Semua dibenarkan. Ini bermaksud orang ramai akan berkumpul dan ada panduannya kena ada dua dos suntikan vaksin. Kemudian berlaku PRN Melaka dan SPR buat SOP (kempen) `walkabout’ tidak boleh, rumah ke rumah tidak boleh.

Turut dapat reaksi daripada parti kerajaan

Bagaimanapun, pengumuman tersebut bukan sahaja mendapat reaksi kurang baik daripada pembangkang, malah juga daripada beberapa parti kerajaan.

Pada Isnin lalu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memberikan pendapat supaya kerajaan menyemak semula prosedur SOP PRN.

Menurutnya, SOP berkenaan harus diteliti semula dan membenarkan aktiviti berkempen secara kecil-kecilan termasuklah berkempen dari rumah ke rumah dan ceramah.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Setiwangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap agar kerajaan dan SPR perlu lebih jelas mengenai kemungkinan wujudnya dwistandard dalam penguatkuasaan SOP sedemikian.

Beliau juga turut mengambil contoh daripada Singapura yang mana negara itu telah mengadakan pilihan raya umum secara party political bradcast tahun lepas secara adil dengan semua parti yang bertanding.

Timbalan Menteri Kesihatan beri penjelasan akan SOP PRN Melaka

Menjawab segala perbahasan, menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, ketetapan baharu itu dibuat bagi mengelak sebarang kluster baharu tercipta.

Hal itu selepas mengambil iktibar daripada situasi yang pernah berlaku semasa pilihan raya negeri di Sabah sehingga menyebabkan jumlah peningkatan besar jangkitan.

Tambahnya lagi, berdasarkan pemantauan KKM, peningkatan kes serta kluster mampu berlaku disebabkan pergerakan rentas negeri melibatkan ramai individu iaitu di kalangan pengundi, penyokong dan petugas termasuklah aktiviti perhimpunan berkumpulan melalui kempen yang akan dilaksanakan.

Kredit: Kosmo! I Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas