Connect with us

Oh! Media

PRN Melaka Sah Diadakan Pada 20 November Ini

PRN

Oh! Negara

PRN Melaka Sah Diadakan Pada 20 November Ini

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan pada 20 November ini dan ianya telah diumumkan sendiri Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mesti ramai yang dapat agak dah kan?

ADVERTISEMENT

BACA : “Nak Jadi Macam Sabah?” – Pakar Perubatan Cadang PRN Di Melaka Ditangguhkan

Menurut laporan Kosmo, PRN negeri terpaksa diadakan selepas  pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan negeri dan ianya dikatakan sendiri Pengerusinya Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Hari mengundi awal akan diadakan pada 16 November ini dan bagi penemaan calon, SPR telah menetapkan pada 8 November dan selama 12 hari dari tarikh itu,tempoh berkempen akan bermula.

Bagi urusan permohonan pengundi pos di luar dan dalam negara bermula 20 Oktober ini. Bagi pengundi luar negara dan sembilan agensi sektor keselamatan tarikh tutup mengundi pada 1 November.

Bagi petugas media, pilihan raya, pegawai SPR, polis dan anggota tentera pula tarikh tutup mengundi pada 3 November.

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas