Connect with us

Oh! Media

“Slogan Menentang Rasuah, Perompak, Lanun Hanya Pura-Pura” – Hadi Awang

Oh! Negara

“Slogan Menentang Rasuah, Perompak, Lanun Hanya Pura-Pura” – Hadi Awang

Timbalan Pengerusi Parti Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang telah memuat naik satu posting di Facebook menyifatkan parti lawan sekadar berpura-pura.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Boleh Pergi Bukit Aman, Tiada Masalah” – Hadi Awang Tak Gentar Isu Dakwa Anwar Ejen Israel

Posting dibuat oleh Hadi Awang itu berkata bahawa pihak parti lawan DAP telah mengeluarkan kemarahan terhadap kejayaan PAS sejak PRU-15 yang lepas.

Halang penubuhan kerajaan

Hadi Awang juga memaklumkan terdapat ‘tangan-tangan yang ghaib’ yang menghalang penubuhan kerajaan parti PN meskipun telah disertai oleh PAS.

Mereka mengoyakkan topeng yang melindungi wajahnya yang sebenar, supaya lebih meyakinkan kita kepada perjuangan Islam dan mengenali siapakah kawan dan lawan. Ditelanjangkan dirinya sendiri, betapa slogan menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku hanya penuh kepura-puraan sahaja. – Hadi Awang

Beliau berkata sedemikian kerana percaya ada pihak parti yang mengutuk parti lain sebelum ini sanggup bersama dalam membentuk kerajaan tanpa rasa malu.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas